Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Ahad, 21 Disember 2014

Best Moment Sarawak - Pekan Sebauh, Pasar Minggu dan Tamu Bintulu


Petai - Bila tiba musim...





Bukan senang nak tengok muka aku plesing depan orang ramai kat pasar minggu plak tu. Kat sini pun belum pernah lagi aku selfie kat public macam ni.



Singgah salah satu booth di pasar minggu.


Di Tamu Bintulu, memang konfem musim petai.


Petai lagi...hehe



Laksa Sarawak Paste ada dijual di sini..


Ikan terubok masin - Bintulu bukanlah pengeluar utama ikan terubok masin di Sarawak. Maka, harganya sangat berbeza berbanding di Kuching yg jauh lebih murah.
Udang geragau kering, belacan, cencalok dan juga sagu ada dijual di booth - booth di Pasar Tamu Bintulu. 


Kuih muih tradisional.. 


Masa ni la kakak request kat atok nak beli anjing hidup kat pekan. Then she pelik tengok anjing punya !@#$%^. Semua nak tegur.. alahai anak..


Balik dari pekan naik bot...


Pemandangan awal pagi. Kat sini kalo nak ke pasar kena turun awal pagi. Jam 10 pagi ke pasar tu dah kira lambat. Pasar dah lengang dan pasar minggu dah ready tutup payung. 


Adik Mia plesing atas warf di Pekan Sebauh. Belakang adik tu ada sebuah pulau. 

Best Moment Sarawak - Aktiviti di sana..

Selama sebulan kat sana, antara aktiviti yang kami buat tak la banyak mana... cukup hanya berjalan di sekeliling rumah pun dah  memadai.. rumah pun dah macam zoo. Anak nak kenal landak pun dah tau.. monyet pun bela, lagikan ayam dan anjing. Itik je tak ada. Nak cari baka angsa tu hari kt sana tak sempat - sempat. Cuaca mendung. Hampir tiap hari plak tu hujan. Mana nak cari anak angsa untuk Kakak. Kalau sapa - sapa orang Bintulu nak jual anak angsa putih seekor dua boleh la hubungi saya ye.. FB saya Qwen Redha F.

Anjing tak dapat nak plesing atas dasar menjaga sensitiviti masyarakat. Ada 3 ekor semuanya apak kurung dalam sangkar. Untuk jaga rumah. Dulu kecik - kecik memang apak lepaskan bagi freedom. Lama - lama bila masing - masing dah pandai merayap jauh, apak masuk dalam sangkar tiga - tiga. Menyalak la dalam tu tegur orang yang tak dikenali datang. Mak kata, kalau lepaskan nanti mereka bertiga 'shopping'. Entah apa - apa benda je bawa balik tanam kat kawasan rumah. Tu yang kena kurung.
Bela monyet plak sebab mata monyet ni terang tak kira siang atau malam. Ular atau buaya datang dia akan tegur dulu. Bela ni semua ada kepentingannya. Bukan saja - saja nak buat main atau manja - manja.




Sejak pencen ni la kerja apak untuk tambah gaji pencen bulan - bulan. Kutip kayu balak yang hanyut kat sungai. Kalau elok boleh jual kat kilang yang masih aktif operasi. Spesis orang bekerja... kalau dah gian kerja tu tetap kerja juga. Cuma sekarang kerjanya tak perlu ikut arahan orang dah. Merdeka!!!


Adik Mia nangis nak join atok masuk dalam perahu.


Kakak pujuk adik.. "adikkk...luk menget" 
Translate : Adik jangan la nangis...


Atok dah pujuk senyap la dia... 


Saya tengok cara apak layan budak macam mana.. masa tu baru la kita tahu, rupanya macam ni kena layan budak - budak. Ajak sembang - sembang. Bukan tau nak beranak je... cukup umur sekolahkan.


Apa yang penting, bila tegur anak - anak tak ada orang tua yg jadi 'payung'. Bila saya marah mereka, nenek dan atok diam tak ada la nak kecik hati tengok cucu kena marah. Bila nenek dan atok tegur, kita sebagai parent plak diam. Jangan kecik hati nenek dan atok tegur anak kita. Itu la petuanya... 
Serupa juga bila anak - anak dah sekolah. Cikgu marah anak kita, kita sebagai parents jangan lah pergi serang cikgu. Memang tak ke mana la jawabnya..  






Dah besar nanti kakak dengan adik tau la apa mereka buat kat atok.. ni buktinya! Habis muka atok kena pijat. Atok pun suka melayan karenah cucu. 


Kakak dah pandai mewarna...tapi pandai mengeluh kata penat. Sikit - sikit minum air. Macam la wat kerja angkat kotak. huhu...


Bahagianya muka... 


Pergi pekan naik boat je.. boleh tengok anak buaya santai - santai..


Lama dah dia mengidam 'kobe' ni.. dia nampak kat kedai tapi tak minta dan tak merengek itu jam. Nanti dah sampai rumah dia tanya boleh tak nak beli kobe? huhu... kesian tengok muka dia, aku belikan satu. Sekarang mainan dia dah cukup. Lori pasir ada, lori simen ada, truck dan last jengkaut.

Best Moment Sarawak - Rewang & Jemputan Walimatulurus Anah dan Sabrin

Kali ni nak pergi rewang sepupu saya :) Dengan orang Sabah bah itu... hehe..



Pakaian dari Kedai Pakaian Kanak - Kanak RM5 Pasir Gudang. 

Harga baju RM6
Harga seluar RM6

tu hari beli banyak - banyak dapat harga RM5/pc


Kakak belum pandai plesing lagi...tu pun sebab ajar dulu. Kakak tak biasa berdepan dengan kamera. Tak pe..nanti adik ajar. 


Rumah pengantin tengah rewang buat kuih pintal ramai - ramai. Siapa nak beli boleh hubungi saya mcm biasa. 



Saya whatsapp gambar ni kat ayahnya di JDT. Kata ayahnya, nasib baik anak - anak pandai bawa diri kat rumah orang :)
Anak kita memang nenek - nenek tak banyak komplen. Senyap je dan tak kacau harta benda kat rumah orang..siap tanya petua lagi macam mana anak tak kacau ibu buat kerja. Kakak tu senang je petuanya sebab nenek banyak tegur dan pesan dari rumah lagi. Kalo adik Mia tu petuanya dia kena cukup tidur.








Atok baru sampai dari kampung. Dua - dua terus jadi manja melampau tak leh tahan. Botol pun atok kena pegang. Menyampah la ibu tengok... 


Kakak dah pandai plesing dah... 


Pengantin pompuan tu sepupu saya..


Ntah apa - apa je...suka hati dia nak fesyen macam mana.. 




Bersambung....