Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Memaparkan catatan dengan label bintulu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bintulu. Papar semua catatan

Ahad, 21 Disember 2014

Best Moment Sarawak - Pekan Sebauh, Pasar Minggu dan Tamu Bintulu


Petai - Bila tiba musim...





Bukan senang nak tengok muka aku plesing depan orang ramai kat pasar minggu plak tu. Kat sini pun belum pernah lagi aku selfie kat public macam ni.



Singgah salah satu booth di pasar minggu.


Di Tamu Bintulu, memang konfem musim petai.


Petai lagi...hehe



Laksa Sarawak Paste ada dijual di sini..


Ikan terubok masin - Bintulu bukanlah pengeluar utama ikan terubok masin di Sarawak. Maka, harganya sangat berbeza berbanding di Kuching yg jauh lebih murah.
Udang geragau kering, belacan, cencalok dan juga sagu ada dijual di booth - booth di Pasar Tamu Bintulu. 


Kuih muih tradisional.. 


Masa ni la kakak request kat atok nak beli anjing hidup kat pekan. Then she pelik tengok anjing punya !@#$%^. Semua nak tegur.. alahai anak..


Balik dari pekan naik bot...


Pemandangan awal pagi. Kat sini kalo nak ke pasar kena turun awal pagi. Jam 10 pagi ke pasar tu dah kira lambat. Pasar dah lengang dan pasar minggu dah ready tutup payung. 


Adik Mia plesing atas warf di Pekan Sebauh. Belakang adik tu ada sebuah pulau. 

Best Moment Sarawak - Bintulu, I'm coming Home!

Sambung lagi story kita hari ni...

Sambil bawa beg sandang, sebelah tangan plak kendong dak kecik yang dah pun lentok. Dah masuk dalam pesawat baru la dia sedar. Perjalanan amik masa lebih kurang 2 jam setengah dari KL ke Bintulu. Macam biasa, pilihan saya adalah duduk di bahagian sayap. Antara no. A14 - A17. Semua orang pun tau kan kalo huruf A tu maknanya dekat dengan tingkap, dan no. seat tu hampir dengan pintu kecemasan. Dulu pernah duduk kat pintu kecemasan. Khas utk single passanger je.. jarang mereka nak letak 3 org passanger kat situ sekali gus.

Perjalanan selama 2 jam tidak mengganggu telinga Mia. 2 jam juga dia tak tido dan selama tu juga la penat layan dia tak reti duduk diam. Hinggakan makcik yang duduk kat seat belakang pun dia ajak sembang. Lol.

Alhamdulillah...safely arrived di Bandar Minyak, Bintulu. Makcik jemput kat airport. Nak wat mcm mana... limosin aku masuk bengkel. Tak dpt la pemandu khas jemput. LOL. Gurau je mana ada limosin. Kereta sorong je ada. Haha... Mak saya la ni punya kerja.. kalo ikutkan naik teksi je balik. Punya risau dia sampai nak suruh makcik jemputkan. Lain kali balik senyap - senyap je tak payah kabo ek..
Tak sabar nak sampai rumah. Penat tu memang la... naik flight penat duduk sebab sempit satu hal.. lagi satu penat sebab berjalan. Kerusi naik bas lagi besar la ruang dia. Hehe..
Tak nak la berkira sangat kan. Bukan pergi oversea nak duduk selesa sangat. Syukur sebab pilot terbangkan hingga ke tempat yang dituju.

Dari airport Bintulu ke rumah saya di Kampung Sebauh mengambil masa perjalanan selama sejam. Dalam perjalanan tu Mia tdo balik. Sampai rumah, nampak dah atoknya turun berkaki ayam terus bawa dia naik atas. Muka kakak plak terkebil - kebil tengok kami berdua sampai. Mula - mula adik Mia malas - malas lagi. Kakak plak senyum - senyum je..amik gambar pun segan. Dia tau ibu dan adik nak sampai malam tu. Memang get ready dah mainan kena kongsi dgn adik dan jgn buli adik pesan atok dan nenek awal - awal lagi.


Malam pertama baru sampai.. WAJIB beli buah tangan roti Gardenia. 
Baju pyjamas comel snoopy... dengan rambut potongan bertingkat - tingkat. Ni kes tak nak dengar cakap nenek la ni gunting rambut kan dah jadi bertingkat. Malam tu juga saya kata, esok pagi ibu potong rambut cantik2. Dia angguk je. 

Adik Mia masih lagi malas - malas. Nak bagi dia rajin senang je. Saya masuk ke bilik keluarkan mainan kuda. Terus adik Mia jerit "yeay...jom!" Segar bijik mata dia. Hehe... Kakak pun apa lagi. Malam tu juga dua - dua bising lari sana sini. Main kejar - kejar plak. Sorang naik kuda lagi sorang naik lembu. 


Esoknya...sebelum mandi pagi, ibu gunting cantik - cantik rambut kakak. Trim elok - elok bagi kemas. 
Ingat lagi masa mula - mula pakaikan baju Batman tu kat Kakak. Dia kata, "ibu, baju ni baju LELAKI la.." mueheheh... ingatkan tak pandai komplen itu anak. Bijak dah rupanya...Waduh - waduh. Gawat ibu! 
Memandangkan dia dah pandai bercakap, saya ajar dia pasal aurat. Ini aurat itu aurat. Sekali saya pakai seluar pendek paras lutut, dia tegur. " Ibu ni aurat". Wahaha... terkono balik. Aku tukar cepat - cepat. Hahah... Saja nak duga dia berani ke tak cakap dan nak tau dia dah boleh belajar ke tak. 
Ni semua atas usaha atok dan nenek juga. Rajin ajar, buat aktiviti luar dan sembang dgn dia hari - hari. Berbanding dengan Mia, ibu hadap komputer, Mia plak hadap youtube. 

Sambung... 

 

Jumaat, 19 Disember 2014

Best Moment Sarawak - Senai International Airport

Kalo cerita pasal balik kampung semua orang pun suka kan lebih - lebih lagi sendiri punya kampung di mana kita dilahirkan..kat mana tempatnya tumpah darah mak kita tu melahirkan kita. Ye tak.. begitu juga dengan saya. Dalam masa setahun, sekali balik tu konfem. Bukan dapat balik tiap minggu pun memandangkan kampung sy kat Bahagian Bintulu Sarawak. Tak jauh mana... naik flight cuma amik masa 2 jam je... jauh lagi Perlis. 12 jam naik kereta. Lol. Ayat very deep punya kan. Hikhik...
Selalunya kalau bukan sebab balik raya, dah tentu sy je yang balik berdua dgn anak nombor 2, adik Mia. Belum tentu lagi dia jadi yang bongsu selagi saya tak menopos. Wakaka...
Sedih tu memang la...sape tak sedih tinggalkan suami sorang2. Tak risau dia tak reti masak, cuma risau dia ganti orang lain utk masak kat dia. Tak gitu... kan. Ayat deep lagi.
Kali ni sy dan Mia balik ikut laluan JB - KL, KL- Bintulu. Habis lebih kurang RM500 utk tambang murah untuk 2 kepala. Kanak - kanak usia Mia dah same price dengan dewasa. Tak tanjat pun sebab dah biasa. Maklum la... orang kaya datin2 macam saya ni memang selalu naik flight balik kampung. Ayat very deep lagi...
Layan iklan dulu ye...


Mia mengenakan seluar jeans dari Kedai Pakaian Kanak - Kanak RM5 Pasir Gudang. Seluar jeans tu harganya cuma RM15 sahaja. 


Ready to check in... manja - manja dulu dengan ayah. Ibu kena cover la manja - manja. Kalo ibu pun manja mcm tu kat public sekejap je konfem masuk Oh! Media. Wakaka... 


Bag sandang beli kat Mydin. huahaha... apa ada hal. Budak bukan demand mcm ibu dia.. kita beli baju pasar malam pun sanggup pakai. Kita je yang lebih - lebih nak beli baju burberry utk anak - anak.


Sekarang tengah tunggu boarding... senyum tak larat sebab dia asyik tanya ayah je.. ibu plak yang bergenang ayor mata. 


Alih perhatian dia. Bagi makan roti coklat. Masa ni dia sangat peramah dengan nenek cina yang duduk sebelah kitaorang.. nenek cina tu pun suka layan dia. 

Okay tu je.. nanti kita sambung lagi ye... 

Khamis, 6 November 2014

Hasil Kuih & Kayu, Berkat Sabar



Kata orang bukan senang nak jadi senang... bukan senang juga nak jadi orang berjaya. 

Kali ni aku nak post entry tentang seseorang yang telah berjaya. Antara 1000 orang yang kurang berkemampuan, dia adalah salah seorang yang aku pilih untuk dijadikan salah satu blog entry aku kali ini untuk dijadikan contoh kepada anak muda yang lain.
Aku pun tak sangka dia boleh berjaya. Sebab aku kenal mak dia, aku kenal ayah dia.. aku tau hidup mereka macam mana. Aku kenal sedara mara dia, dan aku kenal adik beradik dia. 
Ubah persepsi kita. Tidak semestinya orang kaya sahaja yang mampu berjaya. Orang kurang berada juga mampu berjaya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu alasan. 
Dari aku kecil lagi, ibunya hanya seorang peniaga. Berniaga dengan hanya mengayuh basikal setiap hari sehingga hari ni barangkali. Tapi memandangkan aku dah kahwin 4 tahun, aku tak tau masih naik basikal atau tak. Tapi setahu aku memang naik basikal sejak awal 90-an lagi. Aku lihat ibunya tak pernah jemu berniaga. Awal pagi hantar kuih muih ke pasar. Petang atau tengahari baru balik. Tengah sarat mengandung pun masih lagi aktif berniaga. Apa lagi lepas bersalin. Sihat walafiat sentiasa ibu nya berniaga walaupun baru lepas 40 hari. Aku pantang 40 hari pun masih terkial - kial lagi nak melangkah. Ini kan plak naik basikal. Aku melihat pengorbanan seorang ibu untuk anak - anaknya di situ. 
Seringkali kita melihat, keutamaan anak sulong adalah untuk membantu ibu dan ayahnya. Mungkin berhenti sekolah untuk bekerja atau sekolah hanya sampai tingkatan 5 kemudian bekerja. Tetapi tidak bagi mereka. Selagi terdaya, ibu dan ayah ini sanggup menghantar anak untuk melanjutkan pelajaran. Percaya akan takdir boleh mengubah segalanya. Percaya bahawa anak yang dianugerah oleh Allah swt itu bukan hanya sekadar anugerah akan tetapi rezeki buat mereka suami isteri. Itu lah rezeki namanya. Baik didikan, baik lah jadinya. 
Sebagai anak sulong, di rumah dia membantu kedua orang tuanya. Tidak pernah walau sekali aku melihat anak - anak mereka berpeleseran seperti orang lain. 
Ayahnya seorang pekerja kilang kayu, peramah dan bila berbicara low profile. Baik budi bicaranya dan kena pada tempatnya.
Bertahun - tahun ayahnya mengorak langkah berjalan kaki untuk ke tempat kerja. Setiap hari. Tanpa jemu. Pengorbanan seorang ayah yang bertanggungjawab untuk mengalas perut sebuah keluarga. Dari senyuman yang sering terukir di bibir, dalam hati tiada siapa yang tahu. 
Besarnya dugaan Allah swt apabila ibu dan ayahnya dianugerahkan pula seorang anak yang kurang sihat pada satu ketika. Mungkin sebulan sekali pada ketika itu, ibunya membawa adiknya ke hospital untuk jalani ujian. Bertahun - tahun membesarkan si adik dengan tabah. Segala cabaran dan dugaan dapat ditepis dengan waras oleh ayah dan ibunya. Alhamdullilah.... 
Hal ini yang membuatkan aku banyak berfikir tentang kebesaran Allah swt. Jika tiada kesabaran, manakan dapat hasilnya. 
Ini sekaligus mengubah pemikiran aku sendiri. Tidak semestinya aku pandai, suami aku juga dari golongan yang pandai, aku patut membiarkan anak - anak aku belajar sendiri kerana percaya pandai itu keturunan. 
Oh tidak! Lihatlah keluarga ini. 
Ini adalah hasil dari didikan yang baik. Pada penglihatan aku, anak - anak mereka tidak bergaul seperti anak muda lain. Itu yang membezakannya.
Sekarang, ibu bapa ini boleh menarik nafas lega walaupun ada lagi anak - anak lain yang masih dalam tanggungan. Selagi mata belum terpejam, selagi itu akan diusahakan sehabis baik. Menjana rezeki, mengasuh dan mendidik. 
Berterima kasih lah pada ibu dan bapa. Tanpa mereka, kita tak akan ke mana - mana. 
Insyaallah.. doa dan usaha, sinar cahaya sudah kelihatan. Itu..sedang menanti di hadapan. Bakal mengubah hidup kedua orang tua ini. 

Kredit picture to Ramzy