Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Sabtu, 23 Ogos 2014

Adakah mereka pengganas?




Adakah mereka pengganas?

Tuan Haji Mat Hassan bin Penglima Munas adalah seorang ulama dan tokoh perjuangan rakyat dalam menentang penjajahan British.

Beliau dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggutnya sehingga ke paras dada. Tok Janggut telah dilahirkan di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1853 dan telah mendapat pendidikan pondok di Kelantan, Pattani Darussalam dan juga di Mekkah.


Bersama ribuan pengikutnya di Kelantan terutamanya di Pasir Putih, beliau menyahut seruan kerajaan Turki Uthmaniyah yang menyeru umat Islam berjihad menentang penjajah Barat British.

Tok Janggut juga berhubung rapat dengan pejuang Melayu Pahang yang menentang penjajahan British seperti Tok Gajah, Mat Kilau dan Datuk Bahaman.

British mengambil keputusan membunuh Tok Janggut kerana sedar peranan tokoh ini yang mempengaruhi rakyat menentang British.

Mereka juga melancarkan perang saraf memburukkan Tok Janggut dan pengikutnya, dengan harapan generasi mendatang menganggap lelaki itu dan kumpulannya penderhaka dan pengkhianat bangsa dan juga negara.

Tok Janggut akhirnya syahid dalam pertembungan dengan tentera Inggeris dan mayatnya kemudian diarak sekitar Pasir Puteh sebelum dibawa ke Kota Bharu dan digantung dengan kaki ke atas, kepala ke bawah di Padang Merdeka sebelum dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.

Soalan pertama :

Adakah Tok Janggut pengganas kerana menentang penjajahan British?

Soalan ke-2 :

Adakah para pejuang al-Qassam dan Hamas yang berjuang untuk memerdekakan Gaza, al-Quds dan bumi Palestin daripada penjajahan rejim Zionis dikira sebagai pengganas atau teroris ?

Dipetik dari FB Dr. Zainur Rashid Zainuddin

Gadjet - Dari pelajaran kepada kelaziman. Adakah perlu di awal usia?


Video pertama 


Video kedua


Pada zaman yg serba canggih ini... banyak gadjet telah dikeluarkan oleh syarikat -syarikat telekomunikasi di seluruh dunia. Sehingga negara seperti China sanggup meniru gadjet - gadjet yang sedia ada. Begitu juga Malaysia tidak ketinggalan untuk membuat penjenamaan semula gadjet tertentu terutamanya telefon canggih. Hal ini telah meningkatkan kemampuan pengguna untuk membeli gadjet yang mampu milik tambah pula mendapat sokongan dari pihak kerajaan dengan memberi diskaun harga hingga 50% kepada pengguna yang berusia tidak lebih 30 tahun beberapa tahun yg lalu.
Persoalannya kini sejauh manakah gadjet ini sihat untuk generasi kita?
Sebagai ibu bapa, menjadi tanggungjawab kita untuk mendidik anak - anak. Bagaimana cara mendidik? Mendidik pula terbahagi kepada dua. Mendidik dengan pelajaran, membaca, mengira, menulis, bijak IT dan mendidik adat dan tatasusila. Ini bukanlah tugas guru. Tugas guru cuma lah menyambung tugasan ibu dan bapa dari rumah yg belum mencukupi kerana itulah dijadikan guru untuk mengajar yg selebihnya.
Lihat pengaruh gadjet untuk anak berusia dua tahun. Ini adalah cahaya mata kami yg kedua. Dibesarkan dlm persekitaran pandai IT. Setiap hari terdedah dgn IT berbanding kakaknya Sarah yg lebih terdedah kepada dunia explore mcm Dora The Explorer. Baru berusia 1 tahun 10 bulan. Dia sudah bijak menggunakan telefon canggih dan pandai komputer. Bukan nak menunjuk tapi sebagai peringatan kepada semua keburukan gadjet sekiranya tidak dibendung segera.

1. Telefon canggih adalah busuk kedua selepas bantal busuk.
2. flash card tak berguna kepada dia utk sy mengajar subject tertentu.
3. tidur lewat kerana melayan youtube di komputer. Bila tutup komputer, handphone pula jadi sasaran.

Cara atasi:
1. sembunyikan.
2. lalaikan.
3. bila dah tidur ambil segera telefon yg ada di tangan dia. bateri telefon sgt bahaya utk kanak2 malah juga utk dewasa.
4. jgn jadi pak turut. jegil mata sekali sekala.
5. alih pandangan dia utk lakukan perkara lain selain telefon.
6. layan dan bermain dgn dia.

IT adalah salah satu perkara penting utk dipelajari. Tetapi tidak sesuai dipelajari seawal usia kanak - kanak 1 hingga 3 tahun. Belajar apabila sekiranya perlu. Jangan belajar hingga mengakibatkan seseorang itu addicted maksud saya addict terhadap gadjet. Ini dianggap belajar sambil berhibur yang disalahgunapakai. Ini boleh menyebabkan seseorang kanak - kanak itu kurang bersenam dan boleh akibatkan obersiti di masa akan datang kerana kurang melakukan senaman.
Akan tetapi tidak salah belajar menggunakan gadjet yang penting tidak melampaui batas. Melentur buluh biar dari rebungnya.. 

Solidarity For Gaza...

Assallamualaikum wbt...

Apa itu solidarity?

Solidarity adalah perpaduan / bersatu / persatuan.
Solidarity menunjukkan kita bersatu hati untuk membina perpaduan ke arah kebaikan agar kita menjadi kuat dan menjadi bangsa yang unggul.
Solidarity - Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Hari ni saya nak tunjuk gambar - gambar solidarity yang telah di buat oleh masyarakat dunia untuk menentang kekejaman Israel Zionis laknatullah ke atas rakyat Palestine.
Di sini ada beberapa gambar yang sempat saya kumpul melalui FB Aman Palestine... ini baru separuh.. banyak lagi sebenarnya. Hampir satu dunia menyertai solidarity untuk keamanan Palestine.
Sempena menyahut BULAN KEMARAHAN UMMAH, di sini saya kumpulkan semua gambar solidarity dari serata dunia... betapa marahnya manusia atas kekejaman dan kezaliman yang Israeliat Zionis laknatullah ni lakukan.




Algeria!


Algeria!


Berlin, German!



Brussel!


Brussel!


Filipina!


Filipina!


Jepun!


London!


Sri Lanka!


Sri Lanka!


Cape Town!


MALAYSIA!


MALAYSIA!


MALAYSIA!


MALAYSIA!


MALAYSIA!


Penyokong Bola Sepak 
Penyokong negeri Perak, MALAYSIA!

Ini baru sikit... ada banyak lagi tanda perpaduan satu dunia lebih menyokong kepada Palestine berbanding Israel Zionis laknatullah.

Bila lagi kau nak menyerah Israel Zionis? Mudah - mudahan Allah turunkan bala kepada kaum kamu seperti mana bala yang turun pada nenek moyang kamu yang terdahulu. 





Jumaat, 22 Ogos 2014

Home Deco...day bed

Assallamualaikum... kali ni nak ketengahkan home deco day bed pula.. kebanyakkan ruang di rumah sekarang ada port untuk letakkan day bed. Apa day bed ni? Haa... day bed ni adalah tempat kita santai - santai di waktu lapang. Day bed ni juga adalah salah satu perkara yang masuk dalam list saya untuk di beli pada masa akan datang. Insyaallah..
Memandangkan keluarga saya terdiri dari keluarga yang besar, jadi seeloknya mungkin saya harus standby dengan ruang - ruang yang mencukupi kepada keluarga saya untuk istirehat apabila mereka datang berkunjung ke teratak kami. Insyaallah...

Layan gambar hasil carian google...


Kita boleh dapat day bed seperti di atas di IKEA. 


Day bed besi seperti ini dah melepas.. hari tu ada jumpa di kedai perabot terpakai. Huu.. pity me... 
Klasik, sesuai sangat yang suka gaya vantage mcm saya. Muehehe...


Yang mcm ni pun boleh dapat di IKEA. Tapi akan ku tunggu perabot terpakai dari Singapore juga. Hehe... 


Day bed buatan dari rotan / buluh ini ala - ala Jepun. Sejuk mata memandang.


Day bed bertiang... kalau ada jual di kedai perabot terpakai harganya tetap masih tiptop. Dihiasi indah dengan langsir dan bunga - bunga akan membuatkan kita rasa jadi pengantin semula. Hehe... 


Day bed yang mengambil ruang yang agak besar.. sesuai pada semua gaya dekorasi. Moden atau klasik. 

22 Ogos 2014, gloomy day...




Hari ni pada tarikh tersebut tercipta dalam satu lipatan sejarah Malaysia menerima jenazah mangsa MH17. Sesungguhnya.... kita yang hidup pasti akan mati.. Kematian itu sudah ditetapkan. Bezanya adalah cara kematian boleh jadi dengan cara lain. Ya Allah... mudah - mudahan mereka yang beragama Islam khasnya akan ditempatkan di kalangan orang - orang yang beriman. Aminn...

Ibn Juraij memberitahu bahawa Rasulullulah pernah bersabda kepada Aishah ra, "Apabila seorang mukmin itu melihat para malaikat, mereka akan bertanya, "Inginkah engkau kiranya kami kembalikan engkau ke dunia?" Orang yang beriman itu bertanya: Ke negeri sedih dan dukacita. Kerana itu segeralah bawa kami kembali kepada Allah subhanahu wa taala"

Mati bukan penghujung kehidupan seseorang yang sebenar, kerana selain daripada hidup di dunia, manusia akan dibangkitkan di akhirat yang kekal lagi abadi. Allah menjanjikan kebahagiaan mereka yang beriman kepada-Nya di dunia dan di akhirat, termasuk ketika menghadapi saat genting sakaratul maut.

Berdukacita, merintih rindu tidak berupaya mengubah keadaan biar sedikit pun. Allah mengasihi orang - orang yang telah pergi dan mengambilnya lebih awal dalam dakapan kasih-Nya. Allah lebih mengetahui untuk membalas hamba yang dikasihi-Nya, lebih daripada apa yang kita boleh lakukan untuknya, kerana Allah itu Maha Pengasih Lagi Penyayang yang tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang manusia.

Mereka (orang - orang yg beriman) tidak keseorangan didakap rindu kerana meninggalkan dunia yang penuh dengan pelbagai dukacita. Zaid bin Aslam pernah memberitahu, "apabila seorang mukmin itu didatangi waktu hampir mati, akan diucapkan kepadanya, jangan kamu takut terhadap peristiwa yang akan berlaku, di mana ketakutan pasti terhapus"

"Jangan dukacita terhadap dunia dan penghuninya, iaitu keluargamu. Gembirakan dengan nikmat syurga, di mana segala kebimbangan akan lenyap. Jangan berdukacita, kamu pasti akan meninggalkannya, padahal ketika itu, iaitu sebelum meninggal, Allah telah pun menenangkan hatinya.''

Ad-Dhaaak menjelaskan bahawa kegembiraan itu diketahui oleh mereka yang beriman sebelum roh berpisah dari badan dan mereka telah mengetahui di mana mereka akan berada, iaitu di syurga.

Tidak mudah mengikis rasa rindu kehilangan orang yang dikasihi. Demikianlah di antara tanda-tanda kasih sayang. Tidak mudah memujuk kesunyian hilang teman, hilang tempat bergurau senda dan mengadu kasih, tempat harapan. Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Walaupun demikian, kalau setiap orang itu berupaya memikirkan tentang ketetapan Ilahi, qadak dan qadar ketentuan Allah, kesedaran akan timbul, bahawa tidak ada manusia yang berupaya mengubah ketentuan-Nya. Allah Maha Mengetahui rahsia yang tidak terungkai oleh pemikiran manusia di atas ketetapan-Nya.

Sesungguhnya di sebalik rindu dan rasa hampa, tenaga, masa dan pelbagai usaha tetap diperlukan untuk menghadapi sisa-sisa hidup yang masih tidak menentu. Kerana itu usaha memperoleh tenaga dan rintihan terhadap orang yang telah pergi adalah sesuatu yang sia-sia .





Pelestine bersedih sudah terlalu lama... 
Ribuan sanak saudara pergi meninggalkan mereka...
dan mereka tidak pernah berkabung walaupun sehari...
Mereka tahu, kehidupan perlu diteruskan..
bukan di tangisi...
bukan diratapi... 

Khamis, 21 Ogos 2014

Vantage Style... home deco..

Assallamualaikum.... masih lagi saya nak ajak pembaca sembang - sembang tentang home deco ni.. huhi.. suka sangat bab2 deco ni kan.. walaupun tak mampu tapi hati masih lagi terniat nak mendeco rumah sendiri pada satu masa nanti. Insyaallah..
Dah setahun duduk rumah sewa ni, rupa rumah ni tetap mcm rumah sewa org bujang. Tak ada apa yang menarik.. barang - barang kedai memenuhi setiap ruang rumah. Jadi nak masuk atau nak beli perabot rumah memang tak ada peluang lagi. Kalau beli nanti mana saya nak humban barang2 kedai? Bukan harta saya pun saya nak jual ikut suka hati. Hehe...

Jom la cuci mata, menarik perhatian kaum hawa untuk mendeco rumah.. semua gambar di sini hasil carian dari google ye.. maaf dipinta kalau ada gambar tuan empunya rumah di sini...

Vantage style adalah salah satu deco kegemaran saya. Walaupun nampak serabut tapi saya tetap suka sebab sangat sweet. Kadang - kadang orang tak faham seni apa yang saya minat sangat sampai benda serabut pun nampak lawa pada saya. hikhik...


Sesuai untuk ruang makan yang kecil... simple dan sweet sangat. 


Yang ni pula kita boleh agak yang ownernya mesti hobi sangat - sangat.. lihat koleksi pinggan antik. Mak saya banyak pinggan antik di Sarawak. Akan ku simpan jadi kenangan... 


Jam macam ni ada banyak jual di Ayer Hitam.. nak pergi jauh sangat pula dari Kulai. Mungkin kena cari kat area DIY kot2 ada.. boleh dpt murah. Tak pun saya sendiri buka kedai jual barang deco. Alang - alang dah minat sangat pada deco kan. Ahaks... 


Owner hiasan ni pun sama. Dia mcm saya juga.. pelan - pelan kumpul barang - barang yang dia minat. Gambar ni kredit kat beedarling.blogspot.com



Jatuh cinta bila melihat jam ni... kelam kan :)


Basikal macam ni banyak jual di kedai - kedai DIY. Pastu pandai2 la kita reka bunga sendiri.. kan ala- ala English Style juga kan.. hehe


Simple dan menarik.. jug susu English Style jadi pasu bunga. 


Yang ini lebih kepada Korea Village punya style.. 



Dekorasi ala - ala English hanya menggunakan paduan warna pink dan putih atau putih dan warna - warna lembut..dengan sedikit bunga. 




Saya dah jumpa kerusi seperti di atas.. selalunya kita boleh jumpa yang murah - murah di kedai perabot terpakai. Johor banyak jual sebab ambil barang terpakai dari Singapore. Masih elok dan rupawan lagi. Pada sesiapa yang mampu, boleh cari di IKEA. 


Lama dah mengidam nak katil bertiang macam tu... bila pergi kat kedai perabot terbeliak biji mata juga melihat harganya... dalam hati kata, sayang nya jauh dari ayah. Kalau dekat, upah ayah je buatkan katil bertiang. Hehe.. ayah saya tukang kayu. 


Kerusi sofa ni menarik perhatian saya... 


Sweetnya... sejuk mata memandang... sumber inspirasi saya. 

Okay... cukup setakat ini sahaja.. nanti kita sembang pasal dekorasi lain plak.. 



Rabu, 20 Ogos 2014

Just now, I'm crazy with.... home decoration...

Assallamualaikum wbt... sejak dua menjak ni saya dah jadi ladies.. huhu. Ya..ladies sebab dah suka kat bunga - bunga.. suka pada sesuatu yang menunjukkan sifat kewanitaan. Chewah.. selama ni tak macam tu ke? Sebenarnya dah lama pendam.. memandangkan dulu baru - baru kahwin kami suami isteri cuma tinggal di sebuah rumah kedai selama 3 tahun. Tahun ke 4 ni la baru kami duduk rumah biasa. Rumah sewa la tapi... nak beli rumah sendiri belum mampu. Masih lagi usaha dengan mengisi PR1MA. Hehe... 

Ni gambar saya amik dalam blog2 mereka dan hasil carian google. Sorry amik... haa.. 

Layan gambar... pas ni nak buat sendiri plak. 


yang menarik perhatian sy pada gambar dekorasi ni adalah bunga yg di atas cermin dan meja console :)


Hiasan bunga di dinding dan cat hijau / kuning menarik perhatian saya :)


Selama ni sy tak tau nak cantikkan balang dengan apa... hahaha. Boleh gitu?


Rumah sewa ni tak la besar mana... dekorasi mcm ni mungkin kena tunggu beberapa tahun lagi. Tu pun insyaallah kalau ada rezeki dapat beli rumah PR1MA. Hehe... 


Saya suka meja ala - ala peti harta karun tu... 


Ni bunga apa? Bunga hidup ke bunga mati? Nampak kan.. sy mana reti sangat bab2 bunga ni.... 


Ni comel... suka sangat... 


buat tambah cetusan idea... ambil juga gambar ni... siapa la punya gambar sy rembat ni ikut suka je kan... 


Langsir mcm ni macam jimat je...jimat sebab tak banyak jahit dan tak banyak potong. Pendek kata saya gelar langsir malas. Hehe... 


Gambar ni sebenarnya tak ada makna..ambil pun sebab suka tengok tray atas meja tu. 


Meja tu cantik...


Dekorasi untuk ruang yang sempit.. ruang ni sebiji macam hall rumah sewa yang kami duduki sekarang.. 


Banyaknya tumbuhan.. agak - agak saya berani tak nak letak tumbuhan banyak - banyak kat depan pintu rumah mcm ni? Comel, cantik tapi kurang berani sebab saya takut dengan serangga berbisa. 


Simple, cantik dan kemas.. lagi2 langsir merah tu.. 


Sweetnya... pasu mcm loyang kek lapis :)