Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Jumaat, 29 Mei 2015

Kek Lapis Coklat - Cheese kukus




Resepi : 

Serbuk koko 1 cawan + susu cair 400ml + minyak jagung 1 cawan (jgn penuh sangat tau, agak2 je mcm tuang air teh ) masukkan bahan ni dalam periuk panaskan sampai mendidih pastu + gula kastor 1/2 cawan.
di bekas lain pukul 3 biji telur ayam sampai kembang + esen vanilla sikit. 
Adunan coklat tadi tu kalau dah rasa agak suam, masukkan ke dalam bekas adun telur tadi. Kacau2 rata.. pastu + susu manis dalam 1/2 cawan. Kalau nak lagi manis boleh masukkan setin susu :D
Dah kacau2 tu + plak tepung gandum. Mula2 masukkan 1 cawan pastu tambah lagi 1/2 cawan. Ayak tau! 
Gaul2 rata2.. pastu + plak baking soda + serbuk penaik dalam 1 sudu teh je.. ayak kan juga biar elok sebati. Kadang2 baking poder ni kalau tak ayak nanti bila kek tu dah jadi ada benda mcm putih2 kat kek sebab baking poder tak hancur. 
Okay...siap adunan coklat ni.. alaskan loyang bulat atau loyang bersegi. Make sure air kukus dah dipanaskan siang2 lagi ye... 
Masukkan separuh adunan coklat ni dalam loyang. Tutup guna aluminum foil dan kukus. Sambil2 menunggu tu.. amik machine mixer kesayangan korang. Mix kan 250gm cream cheese + gula kastor 50gm + susu segar 1 senduk + telur gred A 1 biji. Kalau gred lain letak 2 biji dan + tepung gandum 1 sudu besar. Sudu makan tu..mix rata2 gebu2 ye... 

Kukus tadi dah sampai 20 minit - 30 minit kan, haaa keluarkan cepat2.. lama sangat nanti tak nak melekat cheese korang. 
Masukkan plak adunan cheese semua ke dalam loyang. Pastu tutup semula guna aluminium foil. Kukus. 
Check selalu ye.. agak2 keras tu masukkan plak adunan coklat yg last sekali. Kalau terlebih rajin buat la berlapis - lapis banyak kali. Kalau terkurang rajin masukkan adunan coklat dulu sampai habis pastu masuk adunan cheese plak sampai habis. Pun lawa juga hasilnya. Okay...selamat mencuba ye.. 

Siapa tak pandai buat, tak ada masa nak buat, tak suka bermain dengan kukus.. boleh beli dari saya. Harga RM30 self -pickup di Taman Anjaria, Felda Taib Andak. RM35 COD sekitar Kulaijaya dan JB sy hantar sampai pintu rumah. Singaporean COD di Tesco Tebrau. Manakala Simpang Renggam, Pontian dan Benut minimum order 2 buku. 

Berat / Weight : >700gm


Hehe.. 



Isnin, 20 April 2015

Farah the Archery - CERPEN - Tema Fiksyen Dongeng



Usai sahaja aktiviti memanah, Farah terus ke tempat parking dan menyimpan alatan memanahnya ke dalam booth kereta Myvinya. Kemudian dia masuk ke dalam kereta lantas memecut laju meninggalkan perkarangan kem memanah tersebut.
Farah berhenti di sebuah cafe berdekatan untuk menghilangkan dahaga. Ah, macam pelik je minum sorang - sorang kat sini, bisik Farah dalam hati.
Farah memang suka menyendiri sejak dulu lagi. Dia tiada kawan rapat sepertimana gadis - gadis lain di luar sana. Baginya, sendirian itu lebih seronok. Ada kawan ramai - ramai pun bila mereka keluar bersama dia tetap diam dan hanya memerhati gelagat kawan - kawannya yang suka ketawa mengilai apabila setiap kali berjumpa. Walaubagaimanapun, hilaian tawa mereka itu tetap menghiburkan hatinya walaupun dia agak tidak selesa. Tapi, sendirian itu lebih seronok dan mengasyikkan. Dia lebih banyak berfikir, berahsia dan memerhati keadaan sekeliling.

" Hai," tiba - tiba datang seorang jejaka Melayu. Wajahnya persis korea. Bermata sepet tetapi bulat, dengan rambut disikat melawan arus, berkemeja T dengan gambar COC dan berseluar pendek paras lutut.

"Waalaikumussalam," jawab Farah ringkas. Sambil mengacau air coconut shake yang diordernya sebentar tadi.

Wajah pemuda tersebut berubah. Mungkin dia terasa diperli sebab menyapa dengan sebutan 'hai' sedangkan dia tahu gadis di depannya itu terang - terangan seorang muslimah memakai tudung.

"Minta maaf, boleh saya duduk?" pinta pemuda tersebut. Farah hanya mengangguk.

" Saya selalu nampak awak datang ke sini, nama saya Mikail," pemuda tersebut memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangan. Lagi sekali dia tersipu malu kerana salamnya tidak berbalas. Farah hanya tersenyum. " Nama saya Farah," kata Farah sambil tersenyum menampakkan sebaris giginya yang agak ke dalam dan kelihatan lesung pipit yang comel di sebelah kiri pipinya.

" Boleh saya bantu awak?" soal Farah memulakan perbualan.
" Saya nak kenal je sebab saya perhatikan awak selalu datang ke sini sorang - sorang, " jawab Mikail terus terang.
" Saya baru balik dari kem memanah, sebab tu selalu ke mari. Cafe ni je paling dekat dengan kem nak hilangkan dahaga," kata Farah ramah.

Farah cepat mesra dengan orang. Akan tetapi dia selalu berhati - hati dalam meramaikan kenalan. Step pertama untuk mengelak dari masuk ke kandang harimau.

" Owh, awak archery rupanya, " kata Mikail ringkas. Farah ketawa. Mentang - mentang la pakai baju COC, aku pun kau nak samakan dengan archery? Bisik hati kecil Farah.

" Hobi saya, kalau ada kelapangan saya akan ke mari. Expert ke tak expert tu hentam je la... lagipun lama - lama memanah ni kita akan jadi lebih fokus, " terang Farah panjang lebar. Mikail hanya mengangguk tanda setuju.
"Aih, kagum sangat dia dengan aku," bisik hati Farah lagi.

" Saya nak balik dah ni, lama sangat dah kat sini, " kata Farah. Dia mengeluarkan note RM10 dari purse. Mikail melarangnya. " Tak pe, saya belanja awak kali ni, " kata Mikail.

Farah berjalan menuju ke kereta Myvinya. Sebelum bertolak dia sempat mengucapkan terima kasih kepada Mikail.

Farah melabuhkan punggungnya di birai katil. Dia mengurut - urut lengannya kerana sakit lenguh disebabkan aktiviti memanah tadi siang. Tiba - tiba wajah Mikail menjelma dalam kotak fikirannya. Astaghfirullah... Risau timbulnya zina hati, Farah mengucap panjang.

******************************************************************************

Ada sesuatu sedang menyusup laju di sebalik semak. Farah tercengang. Eh, apa benda tu? Farah bermonolog.
Zupp.. zass.. zuppp.. zasss.. mahkluk berwarna hijau tersebut berlari mengelilinginya pantas. Sukar untuk dilihat. Farah lantas mencapai anak panahnya. Panahnya dituju ke arah mahkluk tersebut. Biarpun mahkluk tersebut bergerak pantas, Farah fokus! Panah sedia untuk dilepaskan. Zapp! Farah berlari masuk ke semak di mana dia merasakan sasarannya mengena. Farah berjalan perlahan sambil meninjau kawasan sekeliling. Ada semak sedang bergerak - gerak. Ada suara mendengus. Farah dengan berani mendekatkan diri ke arah lokasi. Kelihatan darah hijau merecik di daun - daun. Sasaran mengena! Bisiknya lagi. Tiba - tiba dia terlihat sekujur tubuh yang mungil berwarna hijau dengan perut memboyot buncit sambil mengerang kesakitan menahan sakit.
"Apa ni?" jerit Farah. Penglihatan Farah lantas menjadi kelam.

********************************************************************************

Farah terdengar bisikan halus di telinganya. Suara itu agak aneh dan jarang didengari. Perlahan - lahan Farah membuka matanya. Dilihatnya sekeliling. Dia berada di dalam sebuah khemah. Khemah yang tidak pernah dia terfikir akan tidur di dalamnya. Serta merta Farah terkejut. Kejutannya telah mengejutkan seorang wanita yang rambutnya berwarna magenta.

"Eh, aku kat mana ni? " soal Farah. Farah pantas mencapai alat memanahnya untuk memanah wanita tersebut.
" Awak selamat, jangan risau. Kami telah selamatkan awak, " kata wanita tersebut. Farah melonggarkan pegangan panahnya. "Kami? Ramainya yang baik hati sangat korang ni," kata Farah yang masih dalam kebingungan.
"Nasib baik aku baik hati boleh dirunding lagi," Farah bermonolog sendirian. " Saya di mana?" Farah tidak puas hati. Soalannya dari tadi tidak berjawab.

Datang seorang lelaki setinggi lebih kurang 9 kaki dengan bentuk badan yang sangat sasa. Rambut berwarna kuning keemasan begitu juga dengan misainya yang tebal dan melengkung hingga ke mulut menyerlahkan lagi kebengisannya. Kelihatan six pax di bahagian abdomennya. Dia tidak mengenakan sebarang pakaian tetapi mengenakan kilt berwarna coklat sebagai seluar. Hanya sekadar menutup apa yang tak boleh dilihat. Farah memerhatikan sahaja dua manusia yang pelik ini. Dia pernah bertemu mereka tapi Farah tak pasti di mana.

"Hei kamu...  kamu telah mencederakan Goblin Ten dengan anak panah kamu, " kata lelaki sasa tersebut.
" Siapa Goblin Ten? Jangan main - main boleh tak?" Farah menyoal kembali.
" Sebenarnya saya tak faham saya berada di mana sekarang," Farah memperlahankan suaranya. Dia perlu bertenang kerana keadaan sangat pelik. Untuk memahami keadaan tersebut amat sukar. Jadi dia harus menenangkan dirinya sendiri.

" Minum ubat ni dulu, mungkin awak ada terhantuk di mana - mana menyebabkan awak pengsan. Ubat ni disediakan oleh Healers, dia seorang tabib di sini, " wanita berambut magenta memberikan sebiji cawan berkaki kepada Farah. Farah melihat isi cawan tersebut. Cuma air kosong. Kerana sangat dahaga, Farah terus meminum air tersebut. Rasanya payau. Dia seperti pernah meminum air tersebut sebelum ini.

" Air zamzam ni elok untuk kesihatan, " kata wanita berambut magenta kepada Farah. Farah ketawa mengekek. Situasi tersebut membuatkan dia rasa gelihati. Wanita berambut perang kehairanan.

" Kenapa?" wanita tersebut pula menyoal.
" Air zam zam, memang elok pun diminum. Tapi kenapa dunia saya jadi macam pelik sekarang ni?"
" Mari kita keluar saya tunjukkan awak tempat ni, " kata wanita berambut magenta.

Lelaki sasa dan wanita berambut magenta mengiringi Farah keluar dari khemah tersebut. Farah tercengang. Tempat tersebut seperti pernah dilihatnya tapi dia lupa di mana.

" Kamu sekarang berada di alam maya ciptaan kamu sendiri, COC atau dikenali Clash of Clans," kata lelaki bertubuh sasa. " Tidakkah kamu ingat saya? Barbarian, " jelasnya lagi.

" Saya Archer, " kata wanita berambut magenta.

Farah tercengang. Dia melihat sekeliling. Ada canon dan archer tower, ada gold mine, gold storage dan elixir storage. Ada barrack tempat di mana Barbarian & kawan - kawannya diwujudkan!

OMG! Macam mana saya nak keluar dari tempat ini? Jerit hatinya. Farah keseorangan. Rasa takut lantas menerjah ke sanubarinya. Air matanya mengalir keluar. Barbarian dan Archer saling berpandangan. Mereka kehairanan kerana melihat ada air keluar dari mata Farah. Hidung Farah menjadi kemerahan. Begitu juga matanya yang airmatanya kian laju membasahi pipi. Farah mengesat airmatanya. Dia menangis tersedu - sedu. Farah berlari masuk ke dalam khemah semula.

Archer mendapatkan Farah di dalam khemah. Dia merapati Farah yang sedang menangis tersedu - sedan.

" Awak kenapa?" tanya Archer sambil memegang bahu Farah.

" Saya bingung dan sedih kenapa saya boleh berada dalam kawasan ini. Saya seorang diri. Saya tiada kawan. Apa yang saya tahu, COC ni adalah games di dunia nyata kami. Ini cuma permainan. Tapi entah kenapa saya boleh masuk ke sini, saya rasakan bahaya 24 jam menanti kita di sini, kita akan musnah. Kalau awak semua musnah, awak semua boleh dibangkitkan semula. Kalau saya musnah bagaimana?" Kata Farah panjang lebar. Archer terkebil - kebil. Dia cuba memahami apa yang ingin disampaikan oleh Farah.

" Kubu pertahanan kami kuat, awak jangan risau. Kami di sini ramai army yang kuat dan terlatih, " kata Archer. Archer cuba memujuk menenangkan hati Farah.
Farah berhenti menangis. Dia menangis banyak pun tak berguna. Tiada magik yang membantu dia untuk kembali ke dunia nyata.

*******************************************************************

Sudah seminggu Farah di kem tersebut. Walaupun sudah lama tidak menjamah nasi, Farah masih rasa segar dan sihat dengan hanya minum air zam zam dan buah - buahan yang rasanya sangat pelik. Semakin hari Farah semakin boleh menyesuaikan diri di alam maya. Tapi dalam masa sama, dalam setiap sujudnya dia tidak putus - putus berdoa agar dia dapat kembali ke dunia nyata kembali. Dia rindukan adik - adik, rindukan pejabat, rindu kem memanah dan rindu mummy dan daddy.

Farah dikejutkan dengan teriakan Archer dari archer tower. Farah segera mencapai busur dan panahnya dan berlari ke luar. Kelihatan The Goblin dari clan musuh dengan pantas memusnahkan sistem pertahanan kem mereka.

Wizards dan Archer sedaya upaya mempertahankan kem. Barbarian dan Giants mempertahankan bahagian storage mereka. Walaupun kem mereka musnah 60 peratus, tetapi clan dari pihak musuh mengalah kerana tidak tahan akan serangan bertubi - tubi dari Pekka.

Bagi Farah. walaupun keadaan itu nampak mengarut padanya kerana terjebak di dalam games alam maya, tetapi Farah tetap membantu mereka mempertahankan clan itu daripada musnah.

Wall Breaker menghampiri Farah. Di bahu Wall Breaker ada seorang lelaki yang tidak sedarkan diri. Barbarian menghampiri dan mengarahkan pemuda tersebut di letak di dalam penjara sementara menanti pemuda tersebut sedar.

" Siapa lelaki itu? " tanya Farah.
" Dia dari clan pihak musuh, " jawab Barbarian.

Sedang Wall Breaker mengangkut musuh tersebut ke penjara, lelaki itu tiba - tiba tersedar lalu menghunuskan pedangnya pada Wall Breaker. Wall Breaker musnah. Bertempiaran tulang temulang di atas rumput. Barbarian mengeluarkan pedangnya dan berlawan dengan lelaki tersebut. Farah berlari mendapatkan mereka lalu menghalakan anah panahnya ke kepala lelaki itu.

" Hentikan perbalahan ini, kalau tak nak otak kau berterabur kat sini! " arah Farah tegas. Lelaki tersebut mengangkat tangannya tanda berundur dan menjatuhkan pedangnya. Perlahan - lahan dia memalingkan muka memandang Farah. Farah kaget dan hampir pitam. Mikail!?

*************************************************************




Ahad, 19 April 2015

Azura bukan advisor - CERPEN



" Ayang ni mulut tak pandai diam, asyik membebel je... "
Mereka baru sahaja beberapa bulan berkahwin. Berkahwin atas dasar suka sama suka dan bercinta selepas nikah. Azura terdiam apabila suaminya Faizul memarahinya sebentar tadi.
Oh, mungkin dia tak suka aku banyak bercakap, peramah sangat. Mungkin aku kena ubah sikap aku. Getus hatinya sendirian.
Mulai pada saat itu, Azura lebih banyak diam. Apa yang suaminya kata dia iyakan. Tak kira hal tersebut tentang peribadi atau urusan kerja. Apa boleh buat.... mungkin dia agak bodoh. Jadi, better diam dari membebel mengeluarkan idea yang mungkin bakal ditolak mentah - mentah oleh suaminya. Azura terpaksa akur. Bila sudah berkahwin, apa - apa hal kena tunduk pada suami. Akur akan perintahnya. Tiada lagi istilah diploma mahupun PHD dalam rumahtangga walaupun kau sekolah tinggi sekalipun.
Kini sudah masuk 5 tahun mereka berumahtangga. Azura masih mengekalkan sikap diam dan tak banyak membebel. Memang banyak hal yang tidak memuaskan hatinya. Biarpun begitu, Azura akan melupakan apa yang tidak memuaskan hatinya. Hinggakan dia sendiri merajuk, dia sendiri memujuk diri sendiri. Dan dia sendiri juga yang lupa akan hal apakah dia makan hati dengan sikap suaminya.
Selama itu, Azura jarang sekali meluahkan apa - apa yang tak puas hati pada sesiapapun. Rahsianya ditutup. Ia bukan menjadi rahsia lagi apabila dia sendiri pun lupa apakah sebab musabab dia makan hati dengan sikap suaminya yang kuat beta. Jadi untuk apakah Azura meluahkan pada sesiapapun sedangkan dia sendiri telah melupakan sikap kuat beta suaminya itu?

" Kau apa khabar Azura?" kata Nora. Azura menjenguk sahabat karibnya di Johor Jaya pada suatu petang di sebuah cafe.
" Aku sihat, alhamdulillah Nora..kau plak apa cerita sekarang? Bisnes okay?" soal Azura semula.
" Macam tu lah Azura," jawab Nora ringkas sambil mengukir senyuman.

Azura dan Nora berborak agak lama. Berbincang tentang hal bisnes SPAnya hingga la ke hal peribadi. Tiba - tiba Nora menyoal Azura.

" Kalau aku cakap satu benda ni kau jangan kecik hati ye Azura, " kata Nora memulakan perbualan. Azura agak pelik. Dia menanti apa yang Nora ingin sampaikan.

" Minggu lepas Faizul ada datang ke sini jumpa aku, dia cerita pasal kau," sambung Nora lagi. Azura terdiam.
" Korang ada masalah ke?" Soal Nora.
"Tak ada la...kami okay je.. kenapa ye? Dia cerita pasal apa? " soal Azura semula dengan wajah agak kebingungan.
" Dia kata dia nak kahwin lagi satu kalau boleh sebab kau malas. Baju tak berbasuh, rumah bersepah tak berkemas, pampers anak dibiar bertimbun, " kata Nora panjang lebar.
Mata Azura mulai berkaca. Dalam hatinya berkata, sanggup Faizul mengaibkan dirinya di depan orang sedangkan dia sendiri memendam hati tidak pernah diluahkan pada sesiapa selama ini. Hinggakan dia sendiri lupa akan kesilapan suaminya sendiri. Apa silap aku? Kalau aku tahu macam ni, baik dari dulu aku luah keburukan dia pada kawan - kawan. So kami sama seri! Kau malu, aku pun malu. Bisik hati kecik Azura.

" Sebenarnya aku pun lupa kenapa aku jadi macam tu Nora, " jawab Azura ringkas.
" Kau jangan biar dia cari lain, kau ubah penampilan kau. Dulu elok je kau pakai makeup. Sekarang aku tengok muka kau pucat, tak pakai lipstik.. mana tak Faizul bosan" telahan Nora panjang lebar.
Azura tahu sebenarnya itu bukan puncanya.

Dalam hati, hanya Azura sahaja yang tahu. Bukannya dia tak nak bermake-up bagai, tapi Faizul sendiri tak memberinya wang untuk membeli alatan peribadinya. Cukup hanya memberikan makan dan minum sahaja. Azura faham, apa la sangat pendapatan suaminya itu untuk membeli make-up. Membeli pakaian dan bermewah - mewah. Suaminya bukan seperti lelaki lain. Azura tidak mahu membebankan suaminya.

" Biarlah dia nak cakap apa pun, mungkin aku dah mulai malas kot, " kata Azura acuh tak acuh.

Dalam perjalanan pulang ke Kulaijaya, kata - kata sahabatnya tadi masih terngiang - ngiang di telinga. Dia sendiri sedang mencari jawapan akan persoalan yang dicetuskan oleh Nora tadi.
Akhirnya...lagi sekali, Azura melupakannya. Dan hari - hari berikutnya seperti biasa Azura melayan karenah anak - anak dan suami seperti selalu. Senyum, gembira tanpa banyak soal. Bagi dia, cukup makan pakai itu sudah memadai... dia tidak mahu menjadi wanita neraka hanya pandai meminta - minta sedangkan kemampuan tiada.
Satu hari, Azura memintakan suaminya untuk membuat satu design untuk di'print' kan atas baju. Azura tak puas hati lalu memberikan pandangan dan ideanya.
" Abang, design ni letak atas sikit baru cantik, " Azura memberikan pandangan.
Serta merta Faizul memarahinya. " Kalau nak yang cantik buatlah sendiri!" herdik suaminya.
" Tau nak membebel saja," sambung Faizul lagi.

Kecil hati Azura. Sebelum ni aku ada membebel ke? Bisiknya sendirian. Rasanya dah lama aku tak membebel. Aku membebel dengan anak aku ada lah. Bisiknya lagi.

Azura terdiam. Baru dia teringat, Faizul tak suka hasil kerjanya di kritik! Azura menahan marahnya. Dinding batu menjadi mangsa tumbukannya. Hal biasa bagi Azura sekiranya dia dalam keadaan marah. Dia lebih suka lepaskan begitu. Bila hatinya tidak dapat diatasi, Azura menangis sepuasnya. Menangis kerana dia lupa. Menangis kerana Faizul tidak akan pernah berubah! Menangis kerana manusia yang bernama Faizul itu tidak akan pernah menghargainya. Dia cuma seorang isteri yang melahirkan zuriat. Ditugaskan untuk bersalin, ditugaskan untuk memuaskan nafsu, ditugaskan untuk memasak, ditugaskan untuk bangun malam bancuh susu anak, ditugaskan untuk membuat air, ditugaskan untuk cebok bontot anak mereka. Dia bukanlah sesiapa di dalam hati Faizul! Azura bukan advisor. Azura cuma seorang setiausaha. Itulah tugasnya.

Kini, baru dia teringat. Dia jadi malas kerana Faizul sering balik kerja lewat. Pergi kerja jam 10 pagi. Balik kerja jam 3 pagi. Tempat kerja sangat dekat. Jadi Azura tak kisah dan tak mahu membebel. Dia tahu sekiranya dia membebel, Faizul pasti tidak suka. Jadi dia biarkan sahaja. Membebel juga boleh menjadi punca suami cari lain. Kerana itu Azura hanya pendam sunyinya sendirian. Tidak perlu diperbesarkan hal tersebut. Yang penting suaminya pulang. Lama - lama, Azura jadi sunyi dan bosan hingga dia sangat seronok bermalas - malas di rumah. Kerja membasuh terbengkalai. Dia lebih suka mengadap media sosial membaca blog dan melayari Facebook. Masak hanya untuk makan anak - anak. Perut sendiri lupa untuk di isi. Faizul pula bila dah pulang ke rumah, dia akan mandi dan terus tidur. Hanya pada hari Jumaat sahaja Faizul akan makan tengahari di rumah. Itulah yang menyebabkan kehidupan Azura semakin berubah.

Beberapa hari kemudian, Azura melupakan hal tersebut. Tanpa perlu banyak soal, tanpa perlu banyak bicara, tanpa perlu berbincang empat mata. Faizul pula akan tetap dengan sikapnya sampai bila - bila.

p/s : nama dan watak dalam cerpen ini tiada kaitan dengan yg hidup atau yg telah tiada.


Sabtu, 18 April 2015

Sekarang dah busy ~

Dah lebih sebulan tak menulis blog. Asyik tiada kesempatan. Padahal on komputer tinggal nak taip je kot. Banyaknya idea nak menulis ketika itu tapi sempat tulis kat diari je.. suka duka semua tulis dalam diari. Jadi, apa yg nak ditaipkan lagi di blog? hehe... nak aku meroyan dalam blog ke? Owh tidak... kalau boleh ditahankan saje lah sikap tak matang tu... kat FB pun aku dah jarang nak meroyan. Mula - mula memang tak biasa. Asyik nak update status je... aku bawa main - main, bawa nonton2 TV. Cerita berulang kat astro pun aku layan je... lama2 benda tu jadi biasa. So sekarang memang aku ada online FB tapi nak update status gila meroyan tu aku dah fed-up. Alhamdulillah... kalau meroyan pun aku meroyan dalam diari je..aku sorang boleh baca. Kalau kantoi pun aku pasti orang yg membacanya pasti akan menyesal. Wakakak...

Actually, selama berbulan tu aku sibuk jadi manager. Haa la manager. Al - maklum bisnes dah register kt SSM. Sekarang tengah usaha nak dapatkan Kementerian Kewangan plak... walaupun aku ni bukan dari keluarga berniaga, tapi aku paksa juga diri aku nak berniaga walaupun tak ada tuah dalam berniaga. Aku percaya pada rezeki Allah bagi. Aku bukan jenis baca horoscope atau percaya benda - benda takdir ikut pada tarikh lahir, nama dan sebagainya tu. Astaghfirullah... sesiapa yg percaya tu mohon baca kalimah syahadah semula. Rezeki tu Allah dah bahagi - bahagikan.. yg tak kerja pun boleh makan, apa lagi kalau kita usaha lebih. Yang penting kena ingat halal. Jangan yg haram pun kita halalkan. Rezeki masyuk tapi tak berkat.

Dulu kami bermula dengan perniagaan cyber cafe. Aku plak berniaga kek lapis Sarawak. Opkos, sampai sekarang customer masih boleh order lagi kalau ada sesiapa nak kek lapis. Rate price dari RM30 - RM38. Tengok jenis kek.. dulu aku buat sendiri. Sekarang aku dah dapat supplier directly from Kuching, Sarawak.. Kurang sikit penat sebab no need to bancuh2 dah. Tinggal buat marketing je... sedap pun sedap.

Lepas tu aku berjinak - jinak plak dengan perniagaan dropship baju. Macam - macam jenis customer aku jumpa dan macam - macam supplier aku kenal. Banyak rugi dari untung sebab nak jadi peniaga jujur. Sampai aku pulangkan balik duit customer sebab aku sendiri tak puas hati dengan pakaian yg customer dapat. Aku plak yg sentap lebih. hehe... ye lah. Tu lah aku kalau orang nak kenal. Kalau ada silap sikit mula la aku membebel tak sudah. Aduhai....everything nak kena perfect. Sometimes laki aku pun bising dengan sikap nak perfect je... hehe.

Tapi sekarang aku perlahankan sikit dropship ni. Kalau aku beli pun aku beli untuk pakai sendiri je.. kalau ada yg tanya aku akan suggest mana yang mampu. Anyway, promot tetap promot. Aku promot mana yg belum ada kat pasaran. Kalau dah berlambak kat pasaran, maknanya gambar yg supplier kirim melalui whatsapp tu aku padam je..senang.

On the same time sekarang amik tempahan utk produk advertising macam signboard, signage, banting, banner dan sebagainya.. buat kecik2 dulu.

*****************************************************************************

Alhamdulillah... klien pertama yg kami dapat dari Hospital Kulaijaya. Hospital minta kami drawingkan semula pelan hospital. Projek pertama ni telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dengan bantuan kakak ipar. hehe...

Kemudian diiringi dengan job seterusnya...signage dan signboard untuk sekolah2 sekitar Johor.





Belanja 2 gambar je la eh... 

Kami juga menerima tempahan printing baju silkscreen dengan harga yg sangat berpatutan bermula serendah RM10 dengan minimum order 7 helai. 

Kepada sesiapa yang nak buat tempahan boleh la datang ke rumah kami di Taman Anjaria, Kulaijaya. Whatsapp 0197407113 (Redha) / 0137867974 (Faizal) atau email kami di qdventure15@gmail.com. Buat masa ni kami hanya buat dari rumah sahaja!

Thanks to Allah because bagi job ni walaupun kecik. Tak kisah pun yg penting quot price kena ikut term Islam.

Apa yang kita minat kena teruskan no matter what happen. Pahit telan, kelat pun telan apa lagi yang manis - manis. Be a strong women!



Rabu, 4 Mac 2015

Permainan dalam Perniagaan Dropship - JUJUR itu lebih baik dari UNTUNG



Pertama.

Si A peniaga. Nak jadi agent sbb tak ada modal maka buatlah dropship.  Datang sorang si B yg tak dikenali ngaku ada produk offer dropship kt si A. Si A pun promot la produk yg si B jual. Si A dapat customer namanya si C. Si C buat bayaran kat si A. Si A buat bayaran kat si B. Dah buat bayaran, Si B plak tak hantar2 barang yg diorder. Si C bising salahkan si A. Si A plak tengah meraung sedang mencari mana pergi hilang si B.

Kedua.

Si A peniaga. Atas usaha sendiri dia dapat beberapa orang supplier yg boleh buat dropship. Supplier tunjuk barang kat dia bukan main cantik lagi.. So si A pun semangat promot dan jual. Si A dapat customer iaitu Si B. Si B buat bayaran pada si A. Si A buat bayaran pada supplier. Supplier hantar barang lain kat si B.

Ketiga.

Si A seorang supplier. Si B seorang agent kepada si A. Memandangkan si B nak cari ramai lagi customer, maka dia open marketing utk cari agent lagi. Maka datang la beberapa orang yg berminat nak jadi agent di bawah penguasaan Si B.

Agent - agent si B :

Si C - seorang suri rumah yg serius berniaga (y)
Si D - kaki klentong. customer order tapi duit bayaran tersekat kat dia. dia hilang -_-
Si E - careless dan lembap. customer order lain dapat barang lain. kadang2 lupa.
Si F - buat group wassap cari agent bawah kuasa dia lagi tanpa pengetahuan si B. untung seringgit pun tak ada hal. yg penting Si B jujur.
Si G - seorang suri rumah yg beli utk pakai diri sendiri. kalau ada orang tanya, amik peluang utk menjual.

Keempat.

Si A beli barang dari Si B melalui online. Dapat COD. Dalam perasaan si A, si B mesti jujur sebab barang readystock. Si A pun jumpa si B amik barang dan bayar. Dalam masa sama, si A simpan dalam hati je barang tak cantik. Dalam picture bukan main cantik lagi :3

Kelima.

Si A seorang customer. Dia beli barang dari si B. Bila barang sampai ada rosak pada barang. Si A pun mengadu kat si B. Lepas tu si B plak bagitau kat si A bukan salah dia tapi salah supplier. Si B tak nak refund duit. Jadi dia bagi nombor supplier kat si A. Si A call supplier. Deal dengan supplier gitu gini, akhirnya customer tu plak jadi peniaga. Dah alang2 kenal supplier apa lagi potong jalan la..

Keenam.

Si A supplier. Si B Agent kepada si A. Si C agent kepada si B. Si D agent kepada si C. si D dapat seorang customer. Order saiz lain dapat saiz lain. Customer minta tukar. Boleh tukar kata si D. Maka si D bagitahu kat agent dia si C, si C plak bagitau kat agent dia si B. si B bagitahu kat supplier iaitu si A. Si A minta agar barang tersebut di hantar ke si A terus. Dah dapat alamat, si D suruh customer hantar barang kat alamat supplier. Dalam masa sama, baru la si D ni dapat tau yg atas dia ada agent2 lain.

P/s : Kalau nak buat dropship, cari kawan yang kenal. Makesure kawan yang tak tipu. Kalau tak kenal, cuba kenal dengan siapa kita deal. Jadikan kawan. Beli banyak kali dengan orang yg sama. Kalau okay, simpan. Kalau tak okay delete sahaja nombor telefon dari phone book.
Jangan ada hati nak amik kesempatan atas barang yang sangat laku. Bila dapat customer, duit perap dan menghilangkan diri. Kalau barang rosak atau customer merungut,jangan banyak soal. Sama ada customer tipu atau agent tipu, Allah saja yang tahu. Husnuzon la banyak - banyak. Refund balik duit pada customer walaupun kebanyakkan agent tak nak refund duit atas sebab supplier tak nak refund duit juga. Masing - masing tak nak rugi.

Peniaga yg serius, di Malaysia banyak bantuan yg kerajaan berikan utk kita mula berniaga secara kecil kecilan. Jangan mengharap pada peniagaan tanpa modal. Kita tak kenal siapa jujur atau tidak. Kita hanya kenal diri kita sendiri sama ada kita jujur atau tak untuk berniaga. Kelemahan kita adalah pada duit. Dapat pinjaman tidak digunakan semua untuk berniaga. Tapi banyak digunakan untuk kepentingan diri sendiri.

Teruskan usaha untuk berniaga. Berani menempuh cabaran. Bila berniaga, kejatuhan dan kerugian adalah hal biasa. Rugi lebih banyak dari untung. Semua orang berjaya ada cabaran.. Masa nak naik mencabar, masa dah naik pun mencabar. Pengalaman yang pahit mengajar kita untuk lebih matang. Yang menipu dan ambil kesempatan tu, bawa - bawa la bertaubat.

Sesiapa pun boleh berniaga kaedah Dropship yang penting JUJUR.

Pada saya, jujur itu lebih baik dari untung 300%.


Ahad, 1 Mac 2015

Puding Roti Versi Bakar

Dua hari lepas kot tak silap hari Jumaat semangat nak buat puding roti. Mula - mula sediakan bahan dulu...


Susu cair 2 cawan
Beberapa keping roti pastu potong kiub
Telur 2 - 3 biji + esen vanilla pukul manja jer..
Butter 1 sudu
Sedikit gula 
Sedikit garam
kismis (utk hiasan)
serbuk kayu manis (utk perisa)


Ada la sorang budak tu tadi rajin dan semangat juga nak tolong ibu buat puding. Dia tengok ibu panaskan susu dia dah sebut nyum nyum... kuih ~ 
Adeh la... 

Mula - mula panaskan susu dulu dalam api perlahan. Dah panas tutup api. Masukkan bahan - bahan seperti butter, gula, garam. Gaul rata - rata. Kira dah sejuk baru masukkan telur dan serbuk kayu manis. Pastu gaul lagi rata - rata. Pastu tambah roti bagi berendam semua. 

Ada la tadi dak kecik tu menghadirkan diri di sesi membuat puding. Dia pun join gaul roti. Dalam hati kata, habis la ibu punya puding tak nampak puding roti. Huhu..

Dah siap tu masukkan dalam aluminium foil pan tabur sedikit kismis dan bakar kaedah steamer. Aluminium foil letak dalam dulang yang berisi air panas kemudian bakar la puding tersebut dalam oven hingga masak lebih kurang 180'c atau kalau nampak dah kekuningan di bahagian atas puding. Masa lebih kurang sejam. 

Sekembalinya suami balik dari solat Jumaat, ibu plak nak buat solat Zohor. Pesan kat husband suruh tengokkan. 

Bang...I nak zohor jap. U tgk puding tu takut hangus.
Puding ke tu? Bukan kek ke?
Tak la...I buat puding. Tengok tau takut hangus.
Baiklah...


Puding roti dah siap!!! 


Kismis pun hampir jadi popcorn! 

Nasib baik la tak hangus sangat... makan pun sedap. Orang lelaki kan... mereka ingat puding tu serupa agar2 la gamaknya tak perlu oven. Yang dak kecik tu plak kalau bab buat kuih ni suka sangat menggaul. Hancur kepingan roti ibu ~ 


Buat puding roti ni seeloknya roti tu ditindih macam ni.. nanti dah siap bakar nampak cantik bila dipotong. 

Gambar kredit to 1001 Diariku

Korang boleh buat bakar dan juga boleh buat cara kukus kalau tak nak hangus macam aku punya puding. kikiki... 

Next time kita buat lagi dengan menambahkan tepung kastard plak. 



Shortnote Kuliah Pagi Bersama UAI - 27hb Feb 2015 di Surau Tn. Hj. Abdul Rahman Limbong



Assalamualaikum shortnote kuliah Pagi Muslimat Ustaz Azhar Idrus di Surau Tuan Haji Abdul Rahman Limbong . Jumaat | 27.02.2015
Kitab : 600 SOAL JAWAP WANITA
Zaman skrg ni ramai sangat pasangan tak tahu hukum hakam dlm bab perkahwinan .. Pasangan mcm kambing giler .. Tgk org kawin dia pun nak kawin .. Sebab tu kerajaan ada juga buat kursus perkahwinan sebab tadi lah ..
Asal nya kursus perkahwinan tak ada tp tujuan nya diadakan adalah untuk bagi kefahaman tentang alam umah tangga.
Masa bertunang tak wajib kita buat air pada tunang tu .. Tak wajib buat nasi dagang pada nya .. Tp skrg ni bila bertunang siap basuh baju tunang lagi .. Bodo sungguh .. Tak de kena mengena lagi pertalian tu .. Tp kalau berjanji dgn perkara haram wajib kita langgar janji tersebut.
Dlm bab perkahwinan ada bab di panggil bab talak .. Salah satu nya bab khuluk .. Ianya terjadi bila suami tak nak cerai isteri dan isteri yg minta cerai salah satu nya tidak ada perasaan dah .. Kalu gitu bila suami mitak duit untuk lepas kan isteri tersebut maka bila bersetuju dua belah pihak maka wajib lepaskan isterinya tu ..
Fasakh maksud nya batalkan perkahwian .. Ianya terjadi apabila ada masalah di pihak suami bukan di pihak isteri .. Lain sikit mcm khuluk tadi tu .. Fasakh adalah dipihak perempuan .. Org perempuan ada hak juga untuk meceraikan suami nya tp bukan pada mulut nya tp melalui pihak kadi .. Mum jgn mintak fasakh kerana suami mum tu tak handsome .. Masuk neraka nanti .. Sebab nya dulu kenapa mum terima dia skrg mintak fasakh kerana dop henseng .. Bila isteri pergi mengadu pada kadi .. Kadi akan siasat tuntutan tersebut .. Kalu jelas masalah nya kadi akan fasakh kan perceraian tersebut ..
Wanita yg minta cerai jika tidak dlm uzur syarie tetap berdosa dgn suami nya walaupun selepas perceraian tersebut dia menjadi isteri solehah dgn suami yg lain .. Jaga baik2 .. Nanti jawaplah di hadapan Allah
Soalan :
1. Apa hukum wanita haid angkat wuduk ?
- tidak berlaku ijmak ulama dlm bab tersebut .. Ianya berlaku khilaf ada yg mengatakan boleh dan tidak .. Yg kata boleh tu bila amik wuduk jgn niat untuk mengangkat hadas, yg ckp tak boleh tu kire jgn amik wuduk laa masa haid .. Ikut lah mum nok ikut yg mana satu ..
2. Kenapa org suke mengumpat juga bila duduk dlm masjid ??
- tgk kedai emas .. Ianya diletak dlm bekas baldu .. Barang mahal tu .. Tp bila emas tersebut letak dlm longkang sekali pun ianya tetap berharga .. Gitu lah juga dgn hati kita .. Bila hati bersih yg masuk nya mesti yg baik2 .. Bila hati kotor .. Yg masuk nya adalah yg kotor lah .. Kita nak cerita hal org lain boleh tp cite yg baik2 .. Jgn cite yg buruk2 .. Tp tak seronok lah bila cite yg baik2 .. Cite yg buruk2 baru lah best .. Yg paling ramai dlm bab mengumpat ni adalah perempuan ..
2.suami pergi kerja mati dan isteri tak sempat minta maaf .. Jelaskan ..
- sebab tu lah setiap kali suami nak keluar rumah kena selalu minta maaf .. Tp kalau tak sempat mum berdoa je lah mohon pada Allah jika terjadi begitu ..
3.bertunang ni mcm mana ??
- ianya terjadi bila dua2 belah pihak bersetuju untuk menjadi pasangan suami isteri .. Tp jika belum bersetuju atas lamaran tersebut tidak lagi dipanggil bertunang tp meminang .. Beza kat situ ..
4. Apa hukum menantu sombong dgn mak ayah
- tidak kire siapa2 kalu ada sifat tu masuk neraka kerana ianya telah memakai sifat Allah ..
5. Adakah jatuh talak jika suami kata " aku nak buang semua"
- tidak jatuh talak kerana ungkapan tersebut tidak jelas .. Ianya dipanggil lafaz kinayah.
6. Apa hukum bawa anak pergi tgk wayang
- kena tgk pada cerita dan tempat tersebut .. Kalau cerita yg mengarut2 tak boleh laaa dan tempat tersebut byk maksiat pun sama tak leh ..
7. Hukum lafaz talak suami dlm keadaan tidak sedar
- lafaz tersebut adalah tidak sah .. Umpama nya suami yg kena sihir, mabuk dan sebagainya ..
8. Hukum meratapi kematian dan tahlil
- tahlil ni ucapkan tasbih .. Hukum nya sunat dan kalimah paling afdha .. Sebut pula ketika berada dekat mayat pun boleh tp jgn kuat2 .. Masalah makan di rumah mayat selama tidak ditanam lagi mayat tersebut ..siapa yg boleh makan dan siapa yg tak boleh makan .. Yg boleh makan nya tuan rumah tu .. Yg mari melawat tu tak boleh makan di rumah tu tp kalau tuan rumah hidangkan air boleh je minum janji mum yg dtg melaway tu jgn minta nasi ke air ke .. Faham ah tu .. Siapa yg nak tahlil sila kan dan siapa yg tak buat tak yah buat laa .. Jgn duk gaduh laa dlm bab ni .. Tp bila nak buat tahlil tu jgn tetapkan 3 , 7 , 40 dan 100 hari .. Ikut nak buat berapa hari pun ..
9. Sy seorang muslimat tp minat motor superbike
- nasihat kita kalau perempuan yg naik motor jgn naik motor yg handle nya jauh kerana kalau gitu mesti akan nampak bentuk badan, bentuk punggung .. Hukum nya haram .. Jgn naik motor superbike .. Byk lagi motor yg kuasa besar bukan bentuk superbike tu ..
10. Bila boleh isteri keluar rumah tanpa izin suami
- iaitu bila dlm keadaan darurah .. Kalau tidak dlm keadaan darurah seperti rumah terbakar , masuk binatang buas masuk rumah, memang wajib mum taat pada suami .. Kalau mum keluar juga tanpa pengetahuan suami pasti akan dilaknat oleh malaikat dari langit .. Celaka2 perempuan ni ..
Wallahualam ...
‪#‎maaf‬ kalo tidak sempurna teks nya sedikit sebanyak dapat tangkap ini sahaja. Ada loghat ganu sikit smile emoticon
*mum - kamu / awak

Teks ini di share oleh ukhti2 dalam group Whatsapp Usrah Kasih Sayang yg sering menghadiri kuliah di sekitar Terengganu.