Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Isnin, 19 Januari 2015

Cowboy - Pasaraya Idaman Kaum Hawa

Memang lama sangat nak masuk tempat yang bernama Cowboy kat tengah - tengah bandar / pekan / daerah Kulaijaya ni.. sebenarnya aku pon tak tau nak cakap apa, Kulai ni dah jadi bandar ke belum ek? Maklum la orang duduk menumpang.
Selalunya aku dan dia memilih untuk ke Mydin sahaja setiap kali shopping barang dapur. Kali ni, husband nak ke Cowboy katanya. Itupun sebab dia nak cari spring untuk buat tempat print baju silkscreen. Aku apa lagi...memang dah lama ajak, dia tak pernah nak bersetuju. Kali ni cepat je aku cakap "Jom!" Mia pun sambung. " Let's Go!"

Usai saja shopping barang dapur di Mydin, kami pun menuju ke Cowboy yang jauhnya hanya 5 minit sahaja dari Pasaraya Mydin Kulaijaya. Tolak trafik jam dan parking bagai ada la dlm 15 minit. Boleh plak gitu ek..

Bangunan Cowboy berwarna merah hitam. Di belakang bangunan adalah stesen keretapi Kulai, (depan) pula dekat dengan balai polis kulai, bersebelahan pejabat pos kulai dan deretan kedai. Tidak jauh juga dari RTC Kulaijaya. Jalan agak sempit dan perlu berhati - hati. Pemandu area sini memang rock2 semua. Tidak dinafikan. Huhu...

Dari tepi jalan aku dah berangan nak pergi ke tingkat 3 mall Cowboy ni.. dulu firstime masuk, tempat ni memang sempit sangat. Jadi sangat bosan. Kali ni mereka luaskan sedikit space. Konpem tak bosan.

Tingkat pertama barang biasa - biasa je.. ada periuk, kuali, belanga dan macam - macam lagi.. Siapa yang baru mendirikan rumah tangga tu memang elok sangat la beli barang keperluan rumah kat sini. Dijamin semua barang cukup. Bukan tu saja, barangan nak buat majlis kahwin2 pun ado juga...

Aku naik dari satu tingkat ke satu tingkat.. tempat yang memang dah lama sangat aku 'aim'. Hehe... giler kan..orang pompuan kan pantang tengok benda cantik. Sambil - sambil tu sebenarnya nak tengok harga. Dapat la nanti aku menabung semata - mata nak membeli hobi. Hahahha...


Orang lelaki paling takut masuk tempat - tempat macam ni... takut duit kena rompak alias kena kopak dengan bini.. kan. hahahah... berjalan pun nak laju je. 


Haaa.. ni lama sangat aku perhatikan.. hehe.. vantage dgn english style memang jadi idaman. Listed! Warna putih plak tu...awwww!



Alas berbunga - bunga lagi... kikikiki..


Kali ni aku follow je.. next time aku jalan sorang - sorang. Hahahah... 


Jam besar ni aku lupa harga berapa.. kalau beli nanti aku tak tau nak letak bahagian mana kat dalam rumah yg kecik dan sempit ni..


Tempat kunci.. Harganya ikut saiz.... RM18 - RM25. Listed! 

Next time insyaallah aku ajak dia cuci mata kat sini lagi. Pasu bunga, bunga - bunga, beg kertas dan macam - macam lagi tak sempat nak terjah. Dia pun mesti ada nak beli barang2 lelaki juga kan terutama barangan hardware.. Hikhik... bagi racun sikit :P

Ni baru kita jalan - jalan cowboy. Ada masa nanti kita ke JB plak untuk ke pasaraya yang memang jual barangan Vantage. Standby panadol supaya husband tak demam. 




Cinnamon Doughtnut

Eh! Sesusah nak sebut cinnamon doughnut.. kan senang kalo cakap je buat kuih tayar perisa kayu manis.
Ni projek 2 minggu lepas.. baru ada masa nak masukkan dalam blog. Semua orang pun tahu kan macam mana cara nak buat kuih donut ni. Masukkan air, tambah yis, garam sikit, susu sikit. Siap.. uli - uli kemudian terap, terap terap dah siap. Goreng.. letak gula halus. Siap untuk minum petang. Haaa gitu la caranya.

Tapi kali ni spesel sikit bahannya.. memandangkan kita ni suka mengadap telebisen channel AFC dan TLC kita ikut style mereka plak buat donut.

Bahannya :

3 1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula
3 sudu teh yis mauripan
secubit garam
250 ml susu segar ( suamkan)
100 gram butter (cairkan)
3 biji kuning telur

2 sudu teh cinnamon + gula extra (utk hiasan)

minyak secukupnya utk menggoreng

Buat macam biasa sehingga selesai...


Ada orang tu dah standby awal... 


Dan dia juga turut serta nak mem'baking' juga...


Suka melihat doh yang kembang sebesen macam ni :)


Doh cepat naik semula sebab ada gula yang tugasnya adalah mengaktifkan yis. Kerana itu, sekiranya uols nak buat doh untuk buat pizza makesura gula kurangkan sedikit. Tak la pizza korang nanti macam muka Shin Chan.. 




Sedap di makan panas - panas.. 





Isnin, 5 Januari 2015

Sajak - Dunia Ini

Dunia ini,
Terlalu hina untuk membuatkan kita menangis,
Terlalu murah untuk membuatkan kita bersedih,
Dan terlalu lemah untuk membuatkan kita putus asa.
Allah tidak menjanjikan,
Langit itu selalu biru,
Bunga itu selalu mekar,
Mentari itu selalu bersinar.
Namun Allah selalu memberikan kita,
Pelangi disetiap badai,
Senyuman di setiap air mata,
Barakah di setiap musibah,
Jawapan di setiap doa.

Kredit to Kain Sulam Mall 

TERIMA KASIH

Kalau sy kata sy ada abg polis, mesti orang tak percaya kan?
Pakcik polis pun org tak percaya..
Abang sepupu polis pun orang tetap tak percaya...
Kalau sy kata sy ada abg ipar askar, mesti orang tak percaya juga...
Kalau sy kata sy ada kawan askar wataniah pun mesti orang tak percaya..
Kalau saya kata saudara saya ramai masuk RELA pun orang tetap tak percaya..
Yang org percaya, saya tak ada siapa2.
Hanya kamu je orang besar kat dunia ni.
Orang hanya takut kamu saja...
Orang kena respect kamu...
Orang kena tabik kamu...
Orang wajib junjung kamu...
Hanya kata - kata kamu saja yg betul...
Yang orang tahu, kita mengaku kesilapan kita pun orang tetap nak mendongak ke langit juga...berkata - kata dengan tinggi sekali...
Ye betul tu.. saya memang tak ada siapa2 kat dunia ni melainkan Allah SWT.
Terima kasih ya Allah kerana kebahagian ini.
Terima kasih ya Allah... kerana sy berjaya mengawal amarah saya...
Terima kasih juga kepada askar2, badan2 kerajaan, NGO dan juga sukarelawan yg turut membantu dalam menggembleng tenaga dalam usaha membantu mangsa - mangsa banjir..
Ucapan terima kasih ini menyeluruh kepada 1 Malaysia ye tak kira kaum. Jangan ada yg sentap tetiba kata saya ni pilih kasih..
Ya..terima kasih betulkan saya..
Terima kasih ancam saya...
Terima kasih atas pelajaran itu..
Saya hargainya...
nak tau kisahhnya? kisah ini tidak akan disiarkan di blog. sesuatu ancaman boleh dibawa ke mahkamah. jadi akan disimpan sebagai bukti.

Belon Acep!


Anak saya yang sulong memang suka sangat dengan kapal terbang dan helikopter. Bila dengar helikopter lalu berdekatan dengan rumah, nanti dia lari - lari. Lepas tu dia lambai - lambai. Dia menjerit, " Bye adik...bye ibu..." Bila dengar mak cerita kat telefon memang sedih sangat rasa hati ni tinggalkan dia kat sana. Tapi apakan daya. Saya bukan kulikan mak dan apak. Mereka suka sangat kat dia. Ramai orang suka dia. Ada nya dia umpama adanya saya juga di sana. Melihat muka dia, umpama mereka di sana melihat muka saya. 

Hari tu makngah whatsapp. 19hb beberapa minggu sebelum nahas QZ8501. Agaknya sebab kebetulan atau satu petanda. Anak sulong saya nampak kapal terbang lalu. Lepas tu dia kata "bilun acep!" dalam bahasa Melayu kapal terbang jatuh terpacak (acep maknanya jatuh lalu terpacak)  Memang agak kelakar sebab dia pun baru pandai nak menyusun ayat. Budak lagi umur 3 tahun. Tak sangka plak apa dia kata jadi sungguh. 

Sekarang atoknya pesan, kalau main kapal terbang mainan atau nampak kapal terbang jangan cakap bukan - bukan. Tak elok... 

Subhanallah anak aku... macam - macam perangai. Semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya. Amin..

Kisah Ular dan Gergaji

Pernah dengar kisah ular dan gergaji?

Mari saya ceritakan...semoga kita sama - sama menjadi orang yang berfikir...

Satu hari bengkel apak tempat di mana apak saya bertukang kayu dimasuki oleh seekor ular. Ular tersebut sudah pun mati di atas mata gergaji. Apak kehairanan. Lalu dia berfikir...

Allahuakbar...

Ular itu mati akibat perutnya luka akibat tusukan dari mata gergaji tersebut. Kelihatan juga mulut ular tersebut juga luka. Mungkin ular tersebut marah lalu mematuk dan menyerang gergaji tersebut berkali - kali. Apabila terasa perutnya tidak juga kurang sakitnya, lalu ular itu membelit gergaji tersebut hingga ular itu sendiri mati dibunuh oleh dirinya sendiri yang menyangka gergaji melawan dia.

Itu lah dia...

Pengajaran kepada kita yang suka marah - marah. Di saat kita marah, kita selalunya rasa berdendam. Ingin membalasnya semula. Kita juga rasa ingin melukai orang yang menyakiti kita. Tapi sedarlah bahawa perbuatan itu sebenarnya adalah sia - sia sahaja. Tanpa disedari yang dilukai adalah diri kita sendiri. Sepertimana perbuatan si ular yang marah pada si gergaji.

Perbuatan marah adalah perbuatan yang bakal kita sesali dikemudian hari. Jadilah orang yang hebat, iaitu orang yang dapat mengalahkan dirinya sendiri dan bukannya mengalahkan orang lain.

Rasulullah Shalallahu'alaihi Wasallam bersabda : Barang siapa meredam amarah padahal dia mampu melampiaskannya (kerana mampu/berkuasa), maka ALLAH memanggilnya dihadapan para makhluk di hari kiamat, Dia menyuruhnya memilih dari pada bidadari apa yg dia kehendaki..(HR Abu Daud)

******************************

Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah. (HR. Bukhari & Muslim) 



Ahad, 4 Januari 2015

Entry Zero

Entry Zero. Tu la tajuk entry kali ni.. bukan tak ada isi. Tapi tak tau nak letak tajuk apa untuk entry kali ni... Dah lama tinggalkan dunia blog, dulu rajin sangat baca tutorial. Sekarang ada masa cuma di tengah malam je. Itu pun kalau husband tak guna komputer 'sedap' ni untuk buat design baju. Siang - siang plak anak aku si Mia tu nombor satu nak nyendeng kalau aku on komputer. Tak boleh nak hadap selalu cari info - info penting. Bila Mia dah tido baru la ada masa untuk online guna benda 'sedap' ni. Komputer la tu... semua orang pun tahu kan online guna komputer ni lebih selesa dan mudah berbanding guna gadget. Keyboard pun nak belasah okay je. Menaip tengah marah pun keyboard ni dgn rela hati je menyerah segalanya. Daripada guna gadget, tengah marah silap2 ke dinding tempatnya.
Bukan senang nak naik seperti dulu dalam dunia blogging ni. Kalau kita jarang nak blogwalking blog orang lain, blogger lain pun jarang nak singgah tempat kita. Bila aku stalk some blogger yg lama dulu, dah ramai blogger yg followers mereka cecah 20k. Ada website sendiri dah pun. Ada website tu makna pendapatan mereka dari dunia maya ni pun mereka dpt goyang kaki petik jari je... Petuanya, mereka semua bukan macam aku. Ada haters, mereka ketepikan. Malas nak amik tau. Macam aku ni, haters tu 1 je.. aku plak rasa semak dan tak tahan. Rasa macam nak pergi bersemuka je tumbuk muka dia. Lagi 1 hal tu haters tu plak bini kepada bekas pakwe aku. Memang pening setiap kali kita post entry baru dia sibuk komen benda yg tak patut. Menyampahhh masuk sampah!
Last - last entah berapa kali aku buat blog baru. Terpaksa merangkak semula untuk naik kembali. Nak dapat RM50 dari nuffnang amik masa berbulan berbanding dulu ~ sigh ~


Semua blogger rasanya tau kan gambar atas ni merujuk pada apa.. kalau tak tau tu la dia 'ais batu' kat kutub utara. Mencacak - cacak je.. mcm stalaktit & stalagmit.. hehe. Ni la akibatnya kalau kita suka buat blog baru memanjang. Sibuk dgn manusia yg penyibuk last2 kita pun tenggelam sekali. Nak naik semula bukan senang. 


Malas la nak sembang panjang berjela - jela. Kesimpulannya, adanya haters sebab mereka tak senang melihat kita senang. Kali ni jangan layan haters. Buang masa. Sembur dgn ridsect je..