Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Khamis, 4 September 2014

Buruknya perangai kita...

Kesilapan kita ibu bapa....

Hari ni tak nak cakap panjang - panjang...

- budak sekolah rendah / anak buat facebook dgn menipu tarikh lahir mereka kt Facebook. Mesti ada sebab kenapa Mark Zukerberg yg kita benci sangat sbb dia Yahudi tidak izinkan budak kecik tak cukup umur ada FB kan...
- ada kes ibu bapa yg kejam, cucuh rokok dan seterika kt badan budak tak kurang hebatnya yg buang anak..tak kurang hebatnya juga yg tinggalkan anak dalam rumah tak makan sampai 3 bulan.. kita kata mereka kejam.. tapi sedar ke tak kita juga kejam terhadap anak sendiri sekiranya kita membiarkan mereka mendedahkan aurat di FB? Membiarkan mereka menonton keganasan di smartphone, menonton porno dan sebagainya yang menjurus kepada perkara yg tidak elok.
- sebagai ibu bapa kita telah direct hantar anak kita ke NERAKA.
- bagi hadiah kat anak konon umpan nak suruh rajin belajar... jadinya anak tu biasa sangat nak habuan. Skor A dalam UPSR nak Smartphone. Skor A dlm PMR / PT3 nak laptop. Skor A dalam SPM nak motor. Skor A dalam STPM nak kereta. Last2 jaga kita dah tua nanti dia nak tanah plak... tak bagi tanah / harta tak nak jaga. Semua kena bergaji. Padahal basuh berak makan pakai mereka dari kecik tak ada pun kita minta balasan.
- kalau tak up to date kita dikata kolot... tak modern. Nak juga follow jiran sebelah. Tak nak kalah tu salah satu penyakit yg kita ada kan..


Baru saya sedar buruknya la perangai kita bangga sangat bila anak pandai guna smartphone dan teknologi. Sapa kata tak boleh guna smartphone. Nak beli, beli je la... duit banyak berkepuk kan.. tapi beringatlah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan