Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Sabtu, 7 Februari 2015

Menyesalkah kita? - Luahan hati penglipur lara



Aku mengaku, lama aku duduk kat tanah malaya ni... bukan semalam aku baru sampai.. dan kerja aku bukan satu. Tapi banyak sangat disebabkan aku bukan kerja gomen. Dan cara kerja aku sangat berbeza dengan orang lain. Orang kerja gomen mungkin hanya bersemuka dengan orang sekeliling mereka. Cara kerja aku plak bersemuka dengan banyak pihak. Pihak menjunam. Pihak yang menaikkan. Pihak yang memijak dan sebagainya. Tak kurang hebat juga aku pernah masuk clubbing dan masuk pusat karaoke di zaman aku lara. Alhamdulillah... Allah hindarkan aku buat kerja tak elok bila masuk ke tempat - tempat lara.

Bintulu tidak asing lagi adalah sebuah bandar yang semakin bangun. Siapa tak biasa dengan Bintulu akan merasa la kos hidup yang tinggi. Tapi pada aku, pandai cara pandai la gaya. Hidup kita bergantung semuanya pada Allah. Jangan sampai kita syirik sebab tengok harga barang kita pun rasa esok lusa kita mampus sebab tak boleh makan. Harga barang mahal.
Aku cuma nak luah perasaan aku kat sini. Lama mana pun aku duduk kat tempat orang sampai jadi alim (alim ke? alim pun sebab laki direct sound) aku tak pernah sesekali menghina tempat lahir aku sendiri. Allah nak tunjuk apa kat kita sebenarnya? Adakah Allah menghantar kita jauh untuk kita kembali satu masa nanti menghina tempat sendiri atau Allah hantar kita jauh untuk jadikan diri kita model apabila kita pulang ke tanah kita sendiri?
Orang lain lagi duduk jauh kat Mekah, kat London adakah mereka ke sini nak makan spageti siang dan malam? Adakah mereka nak naik unta setiap hari? Tidak. Mereka tetap tak memilih. Mereka tetap makan nasi. Mereka tetap naik kereta Proton. Contohnya la kan..
Sebagai manusia yang dikurniakan akal, jangan la sesekali kita bercakap sombong. Kita rasa tak sombong. Tapi orang lain dengar lain macam. Mentang - mentang la duduk kat semenanjung, ada banyak kawan ustaz awak nak sombong dengan tempat sendiri? Awak ingat tempat sendiri kurang ustaz2 hebat? Cari lah... pasti jumpa.
Andai kita nak sombong, tanya diri sendiri. Dulu kita nikah kat mana? Siapa angkat tangan kita? Lagi penting kat mana kita lahir? Bukankah kat tempat di mana awak sangat memilih sekarang iaitu tempat sendiri? Selagi kita bergelar manusia, tunduk itu penting. Selagi tangan kita belum capai langit, selagi nafas kita masih disponsor oleh Allah...tak payah la nak sombong sangat. Itu baru sikit.. belum lagi duduk kat Terengganu dengan kuliah agama yang lebih banyak boleh dapat kat sana. Berebut - rebut orang pergi kuliah petang jam 3. Tak ada lagi kawan tu nak sombong dengan aku yang kurang ilmu ni. Malah share lagi apa yang mereka dapat. Jadi jangan sombong. Apa yang kita dapat tak banyak mana pun walaupun kita banyak pengalaman.

Kita nak orang faham keadaan kita... tapi pernah ke kita faham apa asas kehidupan dalam Islam? Adakah tau menutup aurat sahaja? Adakah wajib solat sahaja? Adakah wajib puasa sahaja? Yang selebihnya letak tepi kalau boleh tutup dengan kelambu.

Siapa tak suka cara aku sound ni.. dipersilakan la.. aku pun tak hadap sangat orang baik dengan aku.. Itu je la pesan aku... riak tu ketepikan lah. Jangan sampai saudara mara terutama mak ayah kecik hati dengan perubahan sikap kita. Ada banyak cara lagi kita nak dalami ilmu agama. Tu baru dapat sikit. Kalau dapat banyak?

Jadilah MODEL yang terpuji.

Pelamin Fantasia - Aku plak yang mengidam. lol


Credit Picture to Asnita Beauty Creation

Malam tadi kebetulan aku tengah tercongok mengadap tv, tetiba terlihat satu iklan yang menarik biji mata aku.. 'Pelamin Fantasia'. Wah... hebat. Macam Akademi Fantasia plak. Rancangan Realiti baru untuk cari jodoh ke ni? Eh tak patut lah Malaysia nak buat rancangan macam tu plak.
Pagi2 aku bangun terus on komputer google. Menjajau juga cari sebab lupa nama rancangan. Akhirnya aku dapat juga cari info dari From Heart to Heart blogger Zuriey. Thanks ya.. blogger Zuriey ni rajin update rancangan terbaru kat astro siap dapat hadiah lagi dari astro!

Well.. Rancangan 'Pelamin Fantasia' adalah rancangan yang ingin menaja pasangan yang nak perkahwinan grand macam retis2 gitu.. Oh rupanya.. untung la kan siapa yang dapat tajaan ni... save budget sikit.
Sebenarnya aku pun terfikir juga tu hari nak buat anniversary perkahwinan kami yang ke - 5 utk buat fotoshoot perkahwinan. Tapi budget tu menghalang plak.
Dulu aku dan suami cuma buat majlis akad nikah je... tu pun panggil sanak saudara je untuk datang ke majlis tu. Memang agak terkejut la some people kan sebab aku nikah seperti mendadak. Tu pun ada orang cakap belakang aku dah pregnant dulu. Padahal aku nikah tu pun sebab kejar tiket Air Asia yang tengah murah masa tu. Hahaha...
Siapa tak nak.. hanya RM250 tambang Air Asia 2 orang untuk pergi dan balik. Bila lagi nak dapat? Tu yang aku dan bakal suami cepat - cepat terbang ke Sarawak. Aku masa tu duduk kat Subang. Dia plak duduk kat Batu Pahat. Bincang dalam telefon je dia ON. Jadi, siapa talk aku belakang2 tu berdosa tau sebab tak tau cerita sebenar.
Aku tak menyesal sebenarnya bila tak buat walimatulurus macam orang lain dan jauh di sudut hati, tipu la kalau aku tak pernah nak idamkan tu semua kan. Nak buat macam mana, dulu dapat pakwe kaya pun tak jadi apa. Aku cari la lelaki miskin. Nekad sungguh dalam hati kali ni dapat tak hensem ke miskin ke aku terima. Yang penting baik. Sekali Allah Maha Mendengar tu makbulkan permintaan aku. Happy aku kat situ... Niat aku memang tak nak bersanding sebab aku malu tak lawa. Dah la hitam.. pendek plak tu. Duduk kat pelamin konfem tenggelam dengan bunga - bunga. Pastu amik gambar fotoshoot nanti mesti gigi aku je nampak putih macam Dayang Senandung. Huhu.. Lagi satu hal, aku tak nak susahkan bakal suami. Jap lagi dia dah jadi laki aku, konpem aku banyak susahkan dia. Beli baju, makan pakai aku lagi... kesian plak kat dia yang kerja kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Kalo aku dapat lelaki kerja opis boy boleh tahan kira. Semuanya aku terima dengan redha sebab nak jauhkan diri dari melakukan perkara tak elok. Kerja jauh - jauh dari mak apak tak ada orang jaga tambah plak kita orang perempuan. Baik kahwin je..

Dah dapat jodoh tu timbul plak konflik. Kalau apak aku minta ribu - ribu naya je. Kesian kat dia plak. Mesti kena reject. Kecewa lagi aku. Laki aku gentlemen, dia call apak aku kat Sarawak direct je cakap nak kahwin. Huhu.. malunya la... masa tu baru dapat rasa aku bukan baby mak dan apak lagi. Aku dah tua..dah sampai seru nak kahwin. Hahah... malunya.
Dah setel semua hal nikah ni timbul rasa kesian tengok mak dan apak aku serta family sebelah suami tak tengok anak masing2 buat walimatulurus. Sampai sekarang aku rasa bersalah.. Tapi dah ada anak 2 ni tak kan la aku nak buat juga. Hahah... anak aku 2 orang tu nak jadi Flower Girl ke.. ekeke.. mesti comel kan kalo Sarah dan Mia jadi Flower Girl.
Walimatulurus ni dibuat untuk kabo kat orang ramai yang kita dah kahwin. Tu hari aku cuma buat majlis akad nikah dan bacaan doa selamat. Orang pun jemput cuma ahli keluarga. Budget masa tu pun agak kureng. So, nak angkat pelamin, buat kad jemputan dan bagi makan untuk ratusan jemputan memang aku tak mampu.

Setahun kemudian timbul satu persoalan lagi bila aku balik ke Sarawak untuk bersalin, kawan - kawan sekolah pelik tengok aku bawa perut dah buncit. Dah timbul kat situ satu lagi fitnah. Ada plak yang tanya bila aku kahwin? Tak ada kad jemputan pun... huhu. Aku cakap la tak buat majlis besar pun. Nikah je buat kecik2. Timbul lagi satu cerita kata aku dah ada isi sebelum nikah. Terkena lagi aku. Dengan adanya penulisan aku kali ni, harap korang baca la dan fahami. Bukan semua orang yang nikah cepat - cepat tu sebab dah mengandung dulu ye.. aku nikah laju2 dulu sebab Tony Fernandes bagi tiket murah.

Sampai sekarang mak aku la terutamanya masih lagi ungkit pasal tak buat walimatulurus ni... agak pening sikit kat situ. Agaknya dia cemburu lihat anak orang lain naik pelamin pakai lawa2. Aku plak satu2 anak perempuan dia yang tak naik pelamin. Mana ada dah anak perempuan lain. Aku je sorang anak perempuan dia. Huhu.. tu yang sedih sebab hampakan dia. Sampai sekarang aku masih lagi rasa nak realisasikan impian dia. Apak dah boleh terima.. mungkin. Sebab dia agak senyap orangnya.

Kan best kalau aku dan dia dapat tajaan :P  Dapat realisasikan impian mak dan apak...

Okay la.. pada sesiapa nak join perkahwinan tajaan ni.. korang boleh klik Pelamin Fantasia - Tajaan Perkahwinan Oleh Astro. Ada syarat - syaratnya di sana. Selain tu boleh klik sini juga. Mesti seronok kan korang dapat penaja.. :)







Jumaat, 6 Februari 2015

Food Market - Website jual produk makanan

Sebenarnya kalau bukan seorang member ni post kt FB pasal website ni, aku pun tak tau akan kewujudannya. Orang lain mungkin lama dah tau... hehe.. tertinggal ketapi la kitee awak.. waduh2..
Food Market ni website jual produk makanan kepunyaan bumiputera iaitu Husam Waksa Sdn. Bhd yang berlokasi di Wisma Zelan Jalan Tasik Permaisuri 2. Websitenya tak seperti website - website lain yang berat dengan pelbagai iklan. So, nak scroll up down senang je sebab PC aku ni pun boleh tahan juga beratnya nak meloading. Memang sangat simple punya website ever!
Food Market ni bertujuan untuk menjual barangan keperluan 'perut' kita yang berada di luar negara dan dalam negara. Maklum sajalah.. sometimes bila kita duduk kat oversea kan tekak ni tetiba nak makan sambal hitam pahang yang femes tu, so boleh la cari kat website ni. Klik je la pilih mana nak beli.
Dari oversea pun beli, apa lagi kalau kita dalam negara sendiri ni kan.. if produk makanan susah nak dapat boleh dapat kat sini je.. lagipun tak semua market kat luar sana ada jual apa yang mereka jual. One more thing syarikat ni boleh dilihat misi mereka kepada membantu mengembangkan produk tempatan keluaran bumiputera yang semestinya halal dan dijamin bersih olahannya untuk dipasarkan dalam dan luar negara.
Terbaik... saling bantu membantu sesama kita.


Mereka juga ada menjual produk luar negara dengan harga yang berpatutan. 
Cheddar cheese dari Arab 140gm hanya RM8.90 sahaja.


Abang Strawberry?
Macam tau - tau je... tu hari aku ada buat status pasal strawberry sebab tak pernah makan. Rupanya strawberry tu masam. So aku cicah dengan belacan. Tak sangka bila tengok website ni ada sambal strawberry. Agak - agak ada tak belacan? Hehe.. 
Harganya cuma RM18.90 untuk 300gm


Ibu mengandung tetiba mengidam nak makan jeruk buah salak pun ado juga... Packaging dengan brand nama bapak mertua aku lagi (Pak Ali) hahaha.. 
Hanya RM3.90 utk 200gm.
Produk Bumiputera ada logo halal, logo MESTI, pastu logo Buatan Malaysia. 



Okay.. malas nak cakap banyak. Aku tak sabar nak order! 
Korang nak order klik Food Market

Tempoyak ado.. 
Acar ikan terubok masin pun ado... 
Budu Cap Ketereh yang laki aku selalu beli tu pun ado jual juga.. 

Glupp.. 

Kredit picture to Food Market. 



Khamis, 5 Februari 2015

Minyak turun, harga turun?


Singgah Petronas kekonon nak beli minyak mahal. Cepat plak habis sebab minyak mahal dah murah. Hehe.. aku kata kat laki aku, kadang - kadang teringin juga nak merasa makanan taraf 5 bintang. lol. Ayat perli. 


Aku malas nak cakap apa pasal benda2 yang melibatkan ramai orang macam ni.. mulut aku pun bukan masin sangat nak jatuhkan harga orang. Anyway, harga supplier baju aku buat masa ni tak ada yg naik. Yang aku bising pasal GST tu pun pasal supplier untuk job offline. Bukan makanan, bukan baju bunga2 yg aku jual online tu tapi harga bahan lain. Baju utk printing skrg naik dalam RM2 - RM5. Harga besi2 dan barang2 utk buat job singboard, signage pun naik juga. Harga sticker pun sama naik juga. Semuanya bukan sebab minyak, tapi sebab GST kata mereka. Iklan kat TV kabo kata pengeluar dan pembekal ni tak patut naikkan harga barang. Nak buat macam mana kan.. mereka naikkan, terpaksa la kami akur. Tulis cheque sign dah. Rezeki kau. Rezeki aku mungkin ada yg lain. Walaubagaimanapun, aku belum demand sangat nak minta kat customer aku tambah price secara mendadak. Agak - agak la pun... lagipun, harga minyak kan dah turun. Aku dengan supplier pun kalau mereka naikkan harga, aku sedaya upaya minta less sebanyak mana yang boleh. Tak bagi less aku jotos juga dahi. Tapi laki aku lagi bijak dalam main harga ni. Kepala otak terminator dia laju bab kira - kira. So, sebagai pembantu kerja aku cuma ingatkan je begitu dan begini.
Dulu masa minyak naik mendadak, aku dengan suami aku pergi jumpa supplier seminggu sekali. Kami terpaksa cari alternatif dengan mengumpul semua order dan buat sekali harung. Slow talk dengan customer, harga kami memang tak naik puluh ringgit sebab tak nak bebankan customer. Jadi, kami mohon customer tidak bebankan kami dengan order yang nak cepat sahaja. Bila harga minyak dah turun ni kami masih kekalkan cara kerja yang sama. Jadi kat situ kami masih boleh untung lagi dan selesa walaupun harga minyak naik atau turun benda tu tak mengganggu harga perkhidmatan kami.

Apa yang aku suka di Semenanjung ni, orang - orangnya berani. Berani pertahankan hak dan berani sampai masuk berita. Hehe.. Macam - macam hal sekarang bercakap nak kena tapis semua. Sampai nak boikot2 cina lagi. Waduh.. gawat la begitu. Dah la kita ni kalah pada duit. Ada duit sikit beli barang sendiri didahulukan. Tahun baru cina pun kita terkial - kial, ni kan plak nak boikot mereka terus. Naik harga barang orang akan bising. Masuk berita, masuk media dan viralkan. Kalau bertuah, orang support. Kalau tak bertuah, terpampang la muka kat berita jam 8 malam.
Tapi, oleh kerana mereka berani meluahkan pendapat ni la, harga barang di kawasan Semenanjung adalah yang terbaik dan aku pun selesa tinggal kat sini. Aku nak melantak sayur banyak mana pun aku punya suka. Tapi mungkin sebab kilang semua berada di Semenanjung Malaysia yang menyebabkan harga barang sentiasa pada paras yang logik akal? Entah la susah juga aku nak kabo.
Aku tak la lama mana pun duduk kat tanah semenanjung ni. Aku mula merantau tahun 2004. Study di Politeknik Tanjung Malim. Masa ni aku belum faham lagi erti harga barang. Student lagi kan, cari duit tak pandai. Makan pun catu seminggu hanya 3 kali makan nasi. Nasi putih lauk selalu aku amik sayur. RM3. Kalau ada ikan keli faveret aku tu, tambah plak masa tu awal bulan duit ada lebih aku makan la RM5. Malam makan lauk yg sama sebab aku simpan nasi aku tu makan separuh utk malam juga. Dalam masa seminggu aku cuma makan 3 kali. Hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Hari Sabtu dan Ahad makan jajan je. Kalau ada kawan yg parents mereka datang bawa bekal, mereka akan kongsi sama dengan aku. Orang Perak bab makan memang tak kedekut dengan kawan sebilik.
Harga makanan kat dewan masa tu ramai yang kata mahal. Pada aku pun memang mahal juga kalau tiap hari makan. Ramai juga la student yang mengelat, amik lauk dulu pastu lauk timbun dengan nasi. Hehe... Yang ada pakwe makwe lagi untung makan kongsi2. Aku mana ada pakwe masa tu.. sentiasa single ke hulu dan ke hilir.
Duit belanja bulan - bulan aku pun kena jimat. Banyak buku kena fotostat. Fotostat pun boleh cecah RM30 1 buku. Bayar kat situ dah tinggal RM20 duit poket aku. Memang kena banyak catu makan. Lagipun masa tu aku tak reti nak bersosial dengan orang. Kalau aku reti, aku buat kawan je pekerja2 kat poli tu pastu hutang. Wakaka... tak ada nya. Aku dulu senyap berat mulut nak bercakap dan berkenalan. Yang aku tau senyum je. Tu yang bengap nak belajar sebab susah nak tanya. Masa aku duduk rumah sewa, aku cuma tau beli lauk untuk buat tomyam. Hari - hari makan tomyam. Maggi yang aku beli pun maggi tomyam. Tambang bas dari Behrang ke Politeknik RM1.70 kalau tak silap. Sewa rumah plak aku dah bayar lonsome utk 1 sem jadi tak payah fikir sewa. Bil letrik dan air kongsi sama rata.
Habis study aku kerja kat Subang Jaya. Breakfast pagi aku beli nasi harga RM6 sebungkus dengan sorang makcik yang berasal dari Bintulu. Aku kenal dia pun dari housemate aku yang selalu bawa makcik ni nak berurut. Speaking boleh tahan makcik tu dgn pelajar kolej. Tau2 je la..area Subang ni kolej ramai budak nigeria. Nasi sebungkus RM6 isi nya adalah nasi dan pedal masak kicap. Tiap hari aku makan benda sama. Balik kerja macam biasa aku makan jajan. Lama - lama muka pun dah serupa macam pedal ayam yang hitam tu dan jajan...
Kat sini aku belajar mengatur keperluan hidup. Tapi paling sakit jiwa bila tiba hari raya. Aku plak masa tu tak dapat nak balik raya. Cuti sekejap je. Dah la cuti sekejap, kedai makan melayu hampir sebulan tak buka. Kedai runcit pun sama sibuk beraya. Mashaallah.. mana lagi tempat nak makan. Jawabnya kat KFC je la...  mengalir laju duit aku masa ni sbb makan kat KFC hari - hari. Memandangkan masa tu aku cuma seorang pekerja, tahun baru cina tak la terasa sangat kedai hardware tutup sebab bukan masuk dalam keperluan aku. Kedai Melayu tutup baru la terasa sangat kehilanganya.
Tahun 2009 aku balik Bintulu. Janggalnya terasa. Tak ada LRT, tak ada monorail..tu maknanya tak merasa la lagi tambang RM1.20. Menangis aku... nak bawa kereta sendiri ketar lutut. Terpaksa naik benda yang bersewa sahaja.
Gaji minimum aku dapat masa tu RM850. Tak termasuk topup dan elaun tambang sebab aku ulang alik dari Sebauh ke Bintulu. Tu pun boss pesan gaji tu jangan kabo kat kawan - kawan lain. Rupanya yang lain - lain boss bagi gaji RM500 je. Sedara mara memang ramai kat Bintulu ni, tapi pada aku..aku lebih suka duduk dengan mak pak sendiri dari duduk dengan orang.
Perjalanan dari kampung ke bandar Bintulu menaiki van sewa adalah RM20 sehari (ulang alik punya tambang) yang ambil masa perjalanan selama sejam. Dalam masa sebulan aku dah buang RM400 utk tambang sahaja. Memandangkan aku masa tu bujang lagi, duit selebihnya tu aku bagi kat mak aku buat beli apa patut dan bayar apa patut. Untuk diri sendiri memang zero. Aku bukan budak ijazah lagipun nak demand gaji beribu sebulan. Jadi, redha je la apa pun. Pergi pasar hujung minggu, aku teman mak beli barang dapur. Mak tanya, tak beli apa - apa ke? Aku kata tak ada duit nak beli apa - apa. Mak hulur RM50 utk beli apa aku nak. Aku dapat balik duit gaji aku tu. Hehe.. mak kan kesian kat anak kerja tak dapat beli apa2. Masa ni aku belajar tengok mak beli barang dapur. Sayur sawi seikat RM1 dua batang. Aku rasa kalau timbang sayur tu, jarum penimbang pun macam segan nak naik. lol. Beli ikan plak selalunya harga RM12. Beli ikan kecik2 je... lama sikit makan. Kalau ada tenggiri atau tongkol masa tu sekilo RM8 - RM12. Ikan bawal jangan tanya la harga berapa. Ayam hidup RM12 sekilo. Tapi jarang mak beli ayam hidup. Dia suka beli kepak ayam yang dah sejuk beku. Murah sikit. Beli barang tu je kalau ke pekan Sebauh ni bawa note RM50 tak payah nak sakan sangat shopping. Konpem 1 - 2 barang je boleh beli.
Apak masa tu masih kerja lagi di SK Labang. Di bahagian pedalaman.. ulang alik seminggu sekali. Jadi, duit gaji bapak habis untuk minyak enjin motorboat. Sebulan RM600 - RM800 utk spent pada enjin sangkut. Selebihnya bagi kat mak untuk beli barang keperluan dan bayar apa yg patut. Nasib baik apak ada buat kerja sampingan. Hari Sabtu dan ahad apak amik upah buat sampan dan upah baiki enjin. Ada la juga buat tambah pendapatan. Itu pun apak tak berkira dengan customer dia. Bila tak berkira tu la jadi orang pijak kepala. Maklum saja... orang sana skema. Kalau kita kata bayar je la berapa pun. Orang pun bagi la RM5. Kata mereka buat belanja rokok. Putih mata la juga orang buat kita macam tu..
Aku suka balik kampung. Yang aku tak suka, orang - orang kat sana sangat tunduk pada apa yang berlaku di sekeliling mereka. Tak berani bercakap secara terang. Harga barang naik bising, tapi bising tu tak sampai ke tempat yang sepatutnya. Kalau sampai pun orang atas mana nak layan. Orang buang dalam sampah je kita punya komen. Sebab tu, harga barang dan perkhidmatan kat Sarawak tak dapat nak mohon diturunkan sebab rakyat sendiri yang meng'iya' kan perkara tersebut. Maknanya tak ada bunyi. Naik pun auk.. turun pun auk. Semuanya auk saja. Cukup 5 tahun, pergi turun calit apa yang nak dicalit (paham - paham sudah la ek)
So, salah siapa? Salah kita la tak komplen dengan bersungguh - sungguh. Takut orang gelar kita jadi kaki komplen, pijak kepala la jawabnya harga barang kat pasar.. Pastu nak bising - bising lagi, "alahai... kecik nya la seikat sayur ni RM2. Besar lagi lengan anak aku"
Kalau bab komplen jual sayur kat kaki lima boleh tahan. Siap bawa lori lagi rampas sayur - sayur orang yang datang dari hulu. Sayur - sayur yang boleh dapat murah, yang fresh dari ladang. Tempat kita kecik je, biji mata kita kalau kumpul letak dalam periuk pun tak penuh la periuk tu. Itu pun tak boleh nak timbang rasa dengan orang susah datang dari pedalaman bawa sayur berat - berat jual plak murah - murah. Kesian orang nak berniaga.

Bulan lepas aku cuti sebulan kt kampung aku di Sebauh. Memang terasa sangat nilai duit makin kecik. Anak plak ada 2 orang. Pampers, susu utk note RM100. Jimat, aku beli pampers murah. Seberk je muka anak aku bila pakai pampers tu. Kakak plak aku praktis poo- poo jamban. Aku bagitau kat laki aku, balik lambat sikit nak ajar disiplinkan kakak. So, jimat lagi kakak no need pampers waktu siang. Makanan plak.. aku tau dan sedar aku ni dah kahwin. Ada anak nak bagi makan, nak beli baju... ada mak apak pula yang sepatutnya tak layak bagi aku makan. Kita sedar sendiri.... turn kita sebagai anak plak bagi mereka makan. Mashaallah... nasib baik mak dan apak ada kebun. Nak ikan pergi mancing, nak sayur pergi kebun. Duit pencen apak cukup bayar bil dan beli beras je tiap bulan. Kalau orang malas, lama dah mati kebulur.

Apa yang aku suka kat negeri tercinta aku Sarawak ni, rakyatnya sentiasa redha apa saja orang lakukan pada mereka. Ada tanah untuk diusahakan sebagai makan untuk diri sendiri. Macam mak dan apak, tanam buah banyak - banyak, 1 kampung boleh merasa. Macam aku kabo tadi la... orang kampung tak ramai mana. Semuanya plak bersaudara. Tak ada sedara blah apak aku, ada plak sangkut blah mak aku. Jadi siapa kita nak menidakkan pemberian? Harus la bagi sama rata. Bukan dijual tapi amik la free dijadikan sedekah.
Kadang - kadang ada juga yang dijual.. Tu pun jual tak kira untung pun. Yang penting dapat duit. Lelah menanam dan angkut dari kebun hilang macam tu je tanpa minta bayaran lebih bila mereka laki bini jual hasil tanaman. Mak dan apak tau.. apa la ada pada orang kampung kita nak cekik lebih - lebih. Orang kampung yang rasa diri ada banyak duit tu pergi la cari pilihan sendiri nak beli dari mereka berdua kah atau nak beli kat tempat beraircond kah?
Yang duduk di pedalaman jauh dari air paip pun begitu juga. Masih lagi setia membasuh baju di tepi sungai. Masih lagi setia berteman lampu generator duduk di rumah di waktu malam.. Sungguh tak nak follow anak - anak ke bandar untuk merasai kehidupan yang kekonon dikatakan senang.

Sekarang tengah bising pasal minyak turun nak kena turunkan harga barang plak.. kalau study ekonomi ni maunya lekuk penawaran dan permintaan berlekuk - lekuk. lol. Semuanya kena tempias. Masing - masing terkepit dalam satu situasi yang tak dapat nak disebut kalau cerita bab ekonomi.. Lagi satu kalau sebut saja ekonomi ni orang mesti nak jaga nilai matawang. Kalau duit terlebih jadi la deflasi. Kalau duit kurang jadi la inflasi. Yang kat kampung aku sekarang ni boleh dikatakan terjadinya inflasi lah. Harga barang dan perkhidmatan naik dan kuasa membeli rakyat di sana semakin menciput.

Oleh itu kerajaan pun bagi la kadar gaji kepada para majikan untuk bagi gaji pekerja minimum sebanyak RM900 - RM950 sebulan. Ni utk pekerja swasta kelulusan SPM, yg kerja opis2. Yang kerja kat kedai aku tak tau berapa. Di Subang gaji minimum RM1100 sebulan dulu. Sekarang mungkin RM1300 tengok kita kerja company apa.
Naik harga barang, naik juga la kot gaji mereka. Yang kerja kat butik - butik mewah plak ada gaji tambahan lagi iaitu komisen. Yang kerja jadi delivery pizza tu plak ada duit millage, duit OT. Kerja kilang pun begitu juga. Semuanya ada timbal balik. Untung sama rata.
Untuk peniaga plak, kerajaan suruh turunkan harga jualan. Harap turun la harga barang - barang supplier kami. Jangan la GST tu dijadikan alasan. Untung tetap sama. Dulu 1 sen, sekarang pun tetap 1 sen. Hehe.
Apa pun, semua kena ada yang memantau dan memberitahu. Jangan buat senyap je.. nanti kita plak yang sengsara. Macam orang lapar. Bila ajak makan tak nak. Tapi perut lapar nak makan.

Sabtu, 31 Januari 2015

Berniaga - Permulaan, Dugaan, Pengakhiran

Mula - mula aku minat berniaga bukan baru. Lama dah... dari kecik. Mak buat aiskrim. Aku dan sepupu pergi jual. Kami jual kat kilang - kilang. Aiskrim Malaysia 20 sen sebatang. Aku mana reti matematik. Memang lembap giler macam siput. Tanpa kalkulator, tak hidup la matematik dalam diri aku. 
Masuk tingkatan 4 lagi haru. Cikgu masukkan aku kelas Sastera. Sastera tak ada hal lagi. Memang serasi sastera dalam jiwa aku. Aku boleh karang sesuatu yang puitis dan boleh karang sebuah novel. Cuma aku tak ada lobang nak bukukan novel macam mana. Dalam kelas Sastera, boleh plak terselit 1 subject killer. Bukan Add Math (ni dah tentu tak amik) tapi subject Ekonomi Asas. Cikgu tu dah kata, kalau benda tu logik tulis la secara logik. Tapi yang aku pelik tu, aku tulis jawapan dah logik..tapi cikgu tetap pangkah salah juga. Katanya lagi hafal fakta dalam buku ekonomi. Hafal bagaimana cara buat keluk penawaran dan permintaan. Ahh.. sudah... bab menghafal la aku failed. Serupa macam kena hafal buku sejarah plak.. 
Bila dapat keputusan SPM, Matematik dengan Ekonomi Asas tu je dapat 7. Yang lain alhamdulillah... malas aku nak kabo. 
Lepas SPM, cepat2 isi borang nak masuk kolej jadi nurse. Dapat interview failed. Tapi dapat surat pergi amik ujian. Surat tu la sampai sekarang aku masih rasa tak sampai hati. Surat tu diterima masa aku dah masuk politeknik. Kalau aku tau, aku sanggup balik kampung nak amik test meja. Tak la menyesal.... memang sedih. Sedih sangat sampai hari ni. 
Kalau korang selfie2 kat Facebook pakai baju nurse tu memang aku yg melihat sakit hati dan cemburu. Tu yg aku malas nak like. Jadi jururawat memang cita2 dari darjah 1 lagi. 
Dalam kekecawaan...terpaksa juga aku teruskan study amik jurusan perniagaan kat politeknik. Tak menyesal la jugak amik jurusan ni. Sikit - sikit rasa nak berniaga sendiri tu timbul. 
Disebabkan aku banyak pengalaman kerja, aku guna pengalaman kerja aku tu untuk berniaga. Nampak je aku ni perempuan, tapi minat berniaga, pasal perniagaan lelaki. Waduh2... memang gawat. Dah la gawat, tak pernah plak dibuat org. Aku lupakan dulu hajat besar aku tu. 
Aku bertemu jodoh dgn laki aku. Sebelum kenal tu aku ada kabo kt dia aku nak buka kedai CC. Katanya dia ada kedai CC... Oh! Poyonya laki ni. Pantang kita ada dia pun nak ada juga. 
Dah kahwin dgn dia memang betul dia ada kedai CC. Lol.... dan aku? Kedai CC yang aku nak tu hanya jadi planning je sebab jaga CC dia pun aku dah kelam kabut macam hapa. 
Dengan peredaran zaman yang semakin canggih dan maju, kedai CC kian suram. Budak - budak pun masing2 dah ada tablet sendiri hasil daripada kumpul duit jual biji sawit yang jatuh kat tepi jalan. Maka, kami laki bini amik keputusan tutup kedai CC dan beralih plak pada perniagaan lain.
Masa ni la aku mula duduk rumah. Bosan2 aku buat kerja sourcing macam aku buat kerja kat company lama aku dulu. Ada la dapat dua tiga supplier. Makin hari buat aku makin ketagih. Bila ada permintaan, aku sourcing dan aku markup RM5 je untung atas angin. Buat ada - ada je... sekarang laki aku dah tak bagi sangat buat kerja ni. dia suruh aku duduk diam - diam je.. makan minum tido jaga anak. Tu je... tapi masih juga gatal nak berniaga. Sampai aku boleh buat RP ( Racangan Perniagaan) Last - last RP tu aku jual kat member2 aku yg nak mohon pinjaman perniagaan dgn harga berbaloi sakit pinggang menaip.. haaa.. siapa tak reti nak buat ayat cinta dalam RP ni korang boleh la upah aku buat. kikikiki...
Bila masuk bulan Ramadhan, ramai la yang bertanya kek lapis dan baju raya. Kek Lapis tak ada masalah lagi. Kat Sarawak ramai dah supplier aku yg suka berurusan dgn aku pasal kek lapis. Dalam jualan baju memang banyak masalah. Banyak sangat - sangat. Allahurabbi... 
Sekarang dah ramai yang boleh berniaga tanpa perlu bayar modal hanya dengan berniaga cara dropship. Tanpa sedar kita tak tau kita penjual yang keberapa yang menjual pakaian mereka. Kita berada di tingkat kedua kah atau entah - entah anak tangga ke lima? Jaga - jaga la kalau harga barang tu kita sourcing harga standard RM80. Kalau kita nak jadi penjual, nak amik baju harga RM80. Kita nak jual berapa? 
Lepas tu baju dapat macam kain langsir. Rupanya orang yang kita harap 'penjual yg baik' tu cuma amik gambar kat google pastu dia buat sendiri baju tu ikut fesyen sama dgn material yg low quality. Aku memang selalu kena. Memang selalu sangat. Sebagai langkah berjaga - jaga, beli la dulu untuk diri sendiri. Cantik. Aku pun percaya la...sebab memang cantik. Promot kat Facebook. Bila customer aku yang order, hebat diorg hantar main sebat je hantar parcel tak guna. Bungkusan poslaju tu lagi high quality dari isi dalam.
Dalam perniagaan memang banyak dapat rugi daripada untung. Pertama sebab modal aku zero. Aku tak dapat beli apa aku nak. Jadi, dgn keuntungan yg aku dapat, aku jadikan modal balik. 
Tu belum termasuk lagi duit yang aku kena pulang balik kat customer dan sebagainya.. memang melingkup. Laki aku tak bagi aku berniaga dgn cara macam tu... nama aku entah - entah femes sebab barang tak cantik. Orang tak kabo je kat public sebab mereka takut aibkan aku. Tapi tu la kenyataannya... aku sendiri pun boleh rasa... korang ingat orang suka kalau barang kita byk laku? Tak ada... Sebab tu jarang aku jumpa peniaga yang ada brand sendiri buka untuk dropship. Sebab mereka nak jaga brand, harga dan kualiti. Kecuali kalau kuantiti dah terlampau banyak, permintaan dah susah nak handle, baru la keluarkan "Agent Drosphip Wanted" . Walaubagaimanapun, kesilapan tetap juga tak dapat dielakkan. Sebab dah kelam kabut sangat kat store. Seriusly, aku pernah menapak ke store tengok kerja2 mereka. Memang kelam kabut packing. Tak hairan la order lain dapat lain.
Banyak dugaan pun masih lagi kuat nak berniaga. Nak buat macam mana dah biasa. Tapi kali ni, untuk pakaian atau kain memang susah sikit supplier nak pujuk aku dah... dulu aku bagi chance tak nak jaga nama baik. Sekarang maaf la.. tak dapat nak tolong. Nak berniaga benda2 mcm tu, aku sanggup menanti duit tabung aku banyak.. tak sanggup dah nak buat dropship. Sakit jiwa... 
Sekarang aku kembali ke sisi laki aku. Ikut perniagaan dia je.. perniagaan orang lelaki. Dia sendiri juga cakap, "muka ayang tak sesuai nak jual tudung, jual baju memang tak kena dgn gaya ayang tu" 
Redha je la orang dah kabo macam tu... hehe.. Tapi aku tetap menabung. Menabung untuk perniagaan apa itu belum pasti lagi. 
Apa pun dugaan, semua sebab nak bagi tunjuk ajar. Anggap je sebagai latihan amali dalam hidup. Perniagaan tetap diteruskan. Kerja - kerja sourcing tetap berjalan. Benda kita tak suka boleh dipupuk. Jangan terus putus asa. Aku tetap berniaga. Hehe



Selasa, 27 Januari 2015

Story kali ni - Hukuman Rotan / Sebat / Membebel Semuanya Penting!


Beberapa hari ni viral tentang isu rotan yang dikatakan boleh jatuh jadi kesalahan jenayah terhadap ibu bapa yang merotan anak. Memang tanjat gilerr orang Malaysia terutamanya orang Islam sebab masing - masing pun sekarang tau yang merotan ni adalah salah satu cara Rasulullah SAW, Nabi kesayangan (allahumasolialasaidina muhammad ) kita dalam mendidik anak.

Rasulullah SAW bersabda. “Perintahkanlah anak-anak kamu untuk sembahyang pada usia tujuh tahun; dan pukullah mereka kerana meninggalkannya pada usia sepuluh tahun; dan pisahkanlah di antara mereka (anak-anak kamu) di dalam tempat tidur.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Kita tak mo la cerita bab agama kan terkurang fakta susah plak menjawab kat akhirat nanti. Cukup sekadar apa kita tau je la kan. Cuma kita tak mo terikut cara oversea macam yang terjadi pada pasangan Malaysia satu masa dahulu, memukul anak masuk penjara. Memang sadis la kalo gitu. Asyik ikut oversea je.. ingat oversea tu modern sangat ke makcik oiii.. Bak kata orang tua - tua zaman tok kaduk dulu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Nanti dah jadi buluh cer try lenturkan..boleh bengkok ke tak? Dapat buat meriam buluh je la jawabnya...

Hukuman yang paling ganas pernah saya lihat mak pak buat kat anak yang pernah saya jumpa adalah masa saya ikut mak pergi kedai. Masa tu mak jadi bibik jaga anak cina. Mummy budak cina tu cucuk atas tangan anak lelaki dia guna jarum. Cucuk berkali - kali sebab tak pandai buat kira - kira. Dah cucuk sebelah, ganti plak sebelah.

Lagi satu hukuman, masa saya mengajar jadi guru ganti kat sebuah sekolah pedalaman di Sarawak. Sekolah kat pedalaman Sarawak kebanyakkannya tidak jauh dari sungai jadi tak hairan la kami cikgu2 ni boleh melihat kejadian seumpama itu.. Mak dia lempar anak dia ke tengah sungai. Anak orang iban ni pandai berenang. Tu yang mak budak tak takut lempar anak tengah sungai. Huhu.. Budak tu darjah 2. Bila cikgu marah, dia lari keluar dari kelas sambil hempas pintu. Cikgu pun hukum la dia sekadar rotan. Mak dia dapat tau anak buat hal kat sekolah, mak dia datang ke asrama bawa dia keluar lempar anak ke tengah sungai. Sampai ke tebing lempar lagi ke sungai. Sambil menangis tercungap - cungap budak tu sebab dilempar berkali - kali ke tengah sungai. Berenang pun macam tak larat dah sebab penat. Dah beberapa kali kena lempar, budak tu lari pergi kuarters tempat saya tinggal. Saya plak yang menangis tengok dia minta tolong siap peluk saya lagi ketat2. Memang sedih tengok keadaan macam tu bila mak budak mengamuk kat sekolah. Marah kat anak ke marah kat cikgu sebenarnya? Huhi..

Okay la tak mo bebel panjang - panjang pagi - pagi buta ni. Jom cerita pasal kenangan rotan. Kita nak mengulit kenangan sikit.  No no no... kita dulu bukan rotan je tau, banyak sangat denda dan hukuman diterima. Selain hukuman dari mak pak, kita bagi bonus bacaan sikit. Kongsi pengalaman hukuman dari cikgu juga. Cikgu lagi banyak merotan berbanding mak pak sebab mak pak saya tak marah cikgu yg merotan saya.

- darjah 2 rotan tapak tangan. Setiap hari Rabu pagi ada kelas Matematik. Kami sekelas kena berdiri siapa dapat jawab boleh duduk. Siapa tak dapat jawab kena la berdiri. Pastu plak, salah jawab kena rotan tapak tangan. Dan saya adalah salah seorang yang bengap Matematik terutama sifir. Dalam tahun tu  hanya 2 kali je kita selamat bila cikgu tanya 8X8 berapa? Saya jawab 64. 6X6 berapa? 36. Cikgu tu tanya sifir lain susah nak jawab dgn pantas. Bukan bagi chance pun kita baca. Kena jawab terus! Tu yg gagap tu. Pap! Kena sedas. Dalam masa sejam tu, cikgu akan round banyak kali sampai habis masa. Sampai turn saya je mesti kena sifir yang susah. Tanya la 9X9 ke.. sifir 5 ke.. adoiiii... memang sakit la tapak tangan. Merah dan bengkak. Ada juga kawan saya yang pura - pura demam hari Rabu. Asal hari Rabu je demam tak datang sekolah sebab tak nak kena rotan. Kita tak nak datang sekolah? Heh... kalau la boleh. Masalahnya masa tu parents saya semua orang kenal dan orang hormat. Sebut je "apai abu" / "indai abu" semua orang dah tau tak kira orang rumah panjang ke atau cikgu2 sekolah. So mana saya nak lari? Nak tak nak kena gak turun sekolah sebab nak jaga air muka orang tua.

# dan korang nak tau? Masa saya balik bercuti ke Sarawak bulan lepas, cikgu kita tu datang melawat. Dia bawa satu family dia datang melawat saya dan family kat Sarawak. Cikgu korang ada buat macam tu? Kita pun malu sebab cikgu yang melawat tengok anak muridnya dah besor jadi apa. Alhamdullilah... cikgu ingat kat saya, Majorie, Awang dan Mulirah. Sebab kami dalam meja kumpulan A dalam kelas :)

- kena piat kat pinggang oleh cikgu Pendidikan Jasmani sebab lupa bawa baju PJ. Lol. Sebenarnya malas nak tukar baju sekolah. Malu nak tukar kat kelas. Nak tukar kat jamban kotor plak. Banyak ulat gendon. Geli. Nak buang air pun tunggu balik rumah.

- berdiri kat padang tengah panas sebab tak buat kerja sekolah matematik :P
- bawa plat gantung kat leher sebab tak buat kerja sekolah. Malu tau bawa plat tu... satu sekolah baca. Tapi bukan kita la yang kena. Kawan sekelas yang kena. Kongsi pengalaman je supaya korang tau betapa kejamnya cikgu zaman dulu nak bagi anak orang jadi pandai dengan gaji yang tak seberapa masa tu.  Sekarang ada ke cikgu main gantung plat kat leher anak orang? Tak ada nya... silap - silap kena serang mak ayah sebab malukan anak diorang.
- kena piat kat tepi mata. Meleleh air mata kena piat 'semut api' sebab lupa bawa buku latihan.
- sebat kat atas tangan guna pembaris kayu. Guna bahagian tepi pembaris plak tu... tangan merah pun tak berani report mak apak. Kalo report silap2 kena lagi kat rumah.
- Kena sebat dengan tali pinggang oleh mak sebab melawan (ni banyak kali kena) masa kecik umur 10 tahun ke atas.
- Kena hanger oleh mak juga sebab tak basuh pinggan. (pun banyak kali) umur 10 tahun.
- Kena cubit oleh mak sebab mak dengar cerita jiran. Jiran report katanya saya main lipstick dalam bilik rumah mereka padahal kita tak main lipstick pun. Kecik2 dah kena fitnah :3 Cakap je la tak bagi main dengan anak dia kan senang.
- kena sebat kat punggung oleh Ustaz Zul sebab tak solat Zohor kat surau masa sekolah menengah.
- berdiri kat luar makmal tepi longkang plak tu sebab nota sains tak siap. Pastu tutup muka dengan buku sebab malu, pakwe lalu masuk makmal sebelah. Boleh plak kelas mereka sama waktu dengan kelas kitaorang. Siot je...
- mengaji? siapa tak kena rotan memang tipu la kan... kikikiki

Rasanya tu je hukuman yang diterima kecik2 dulu. Ayah saya baik tak pukul anak walaupun sekali. Arwah atok pernah pesan, kalau tegur anak dan ajar anak salah seorang je kena ajar. Cukup sorang bising. Kalau mak bising ayah kena diam dan tak boleh backup. Nanti anak naik kepala. Kalau dua - dua bising dalam masa yang sama nanti anak jadi bingung. Kalau ayah tegur plak, mak kena diam. Jangan jadi 'payung'. Baru lah anak tu dengar cakap.

Lagi satu paling mujarab, ayah yang tak pernah tegur anak...sekali dia tegur seumur hidup anak tu sedar. Tu sebabnya mulut ayah ni power dalam keadaan tertentu. Seorang ayah yang diam tu bukan bermakna dia meng 'iya' kan segala perbuatan anak dia. Ok...mata pun dah masuk habuk ni. Huhu... Sebab saya anak kesayangan ayah. Dia tak pernah tegur apa saya buat. Saya pakai skirt pendek pergi kerja dia tengok je... kata orang sabar tu ada tahapnya. Sekali dia tegur selamanya saya tak buat dah. Padahal dia tak naik tangan pun. Memang sangat masin mulut seorang ayah. Dia hanya tegur bila tiba masa. Ibarat simpan satu peluru dalam sepucuk pistol. Digunakan hanya untuk perkara paling penting sahaja.  

Mak plak tok sah kira la... selain sebat dan rotan mulut pun boleh tahan. Dia punya bebel boleh menjalar - jalar dan bercabang - cabang. Ada tajuk, ada topik dan sub-topik lagi. Boleh buat ulasan lagi panjang lebar... (eh sama macam aku je)  Memandangkan kecik2 dah puas kena sebat dgn mak, dah masuk remaja mak membebel je... pedih juga tu membebel cuma kita tak sampai lari dari rumah bila orang tua ni bising.

Bukan macam mak bapak sekarang, jangankan pukul, nasihat anak pun tak berani. Diam je macam orang bodoh perhatikan anak. Bila ditanya kenapa tak tegur, dikatanya takut anak lari dari rumah. Hati anak kena jaga. Erm.. ada la manusia tu. Dah jadi buluh dah pun..

Yang macam tu la kita tak nak berlaku dalam masyarakat kita. Bukannya kita mendidik untuk bagi masuk syurga sahaja semata - mata, malah mendidik supaya dah besar nanti pandai cari makan untuk keluarga juga sebelum kita mati. Ni belum mati lagi dah nyusahkan orang. Bukankah itu tidak terdidik maknanya? Dah la sekolah tak pandai, cari makan pun tak pandai? Kerja malas. Hisap rokok, minum arak reti? Duit mak bapak supply! Pergh!!!!
Tolong la eh... jadi anak tak semestinya kena pandai sekolah. Jadi anak ni kena jadi manusia yang betul pun dah cukup memadai. Jangan nak susahkan hidup orang tua. Kita ni belum tahap jadi OKU lagi. OKU pun tak malas macam tu. Itulah akibatnya. Silap mak ayah sendiri yang lalai dalam tanggungjawab menjaga amanah yang dikurniakan oleh Allah swt. Solat, puasa tak ajar. Anak tak nak turun sekolah tak bertindak. Anak tipu sakit kepala pun percaya. Tu pun ada lagi yang nak kata merotan ni boleh jadi kesalahan jenayah.

# bersyukur la siapa mak apak yang tak ada anak. Jangan la merungut dan cemburu melihat orang lain cepat dapat anak dan anak berderet - deret. Kat sana Allah tak tanya kenapa tak ada anak. Tapi siapa yang ada anak dan yang menjadi penjaga (anak yatim) Allah swt akan tanya kenapa anak jadi macam ni dan macam tu. Kita yang kena jawab. Dalam kehidupan ni, hidup kita bukan sekadar hidup. Hidup kita ada tugasannya.

Saya nak membebel lebih panjang lagi. Tapi tak mengapalah.. selebihnya tu saya akan kongsikan bersama 2 orang anak perempuan saya pada masa akan datang.

Isnin, 26 Januari 2015

Berniaga - Cabaran dan Dugaan


kredit picture to IK si jutawan internet



Layan karenah customer dgn penuh sabar. Biarpun inbox berkali - kali org yg sama tapi belinya tidak, itu maknanya dia hanya 'aim' kita. Next time dia usha2 lagi brg kita.
Jangan ikut peniaga lain ada istilah backout buyers. Customer tanya. Order and then cancel order. Berfikiran positif dalam hal ni. Terima la kenyataan bukan rezeki kita. Jangan terus marah - marah customer sedangkan customer belum buat payment lagi. Nampak sangat kita memaksa jual beli..  Kecuali ada kes tertentu. Contohnya customer kata dah bayar barang tapi bukti tak tunjuk slip bank or whatever bukti menyatakan dia dah bayar. Itu kemungkinan kita akan diam seribu bahasa bila next time dia inbox kita lagi untuk tanya pricing.
Kita berniaga ikut cara kita dan sikap kita. Jadi la diri sendiri. Kita org yg sopan jd la org yg sopan. Kita org yg peramah jadi la org yg peramah. Customer boleh buat kawan. Kalau kita tak layan, memang sgt bertentangan dgn sikap semulajadi kita yg peramah. Lagipun, kita berniaga online. Kita tokey, kitalah kerani, kitalah cashier. Kecuali kita bekerja utk org dah tentu agak stress sbb layan 2 org yg penting. Kerenah tokey dan karenah customer.
Itu baru dalam online. Kalau berniaga offline?
Contohnya kita buka butik. Customer keluar masuk pegang - pegang. Kadang2 masuk sebab saja cuci mata atau masuk sebab sambil - sambil tunggu kawan. As tokey, jangan tanya dia nak cari apa. Senyum dan tanya say hai... Kalau customer tak jawab jgn follow dekat2. Itu makna dia saje cuci mata. Kalau ada feedback kita pun bg feedback semula terus sembang dgn dia. Dalam hati dia kata, oh peramahnya. Lain kali dia akan datang lagi. Customer yg betul2 nak beli akan masuk kedai, belek2 dan terus tanya. Gaya customer yg betul2 nak barang pun agak laju. Situ kita boleh hidu customer tu memang sungguh2 cari barang. Jangan spoilkan mood customer. Org kata rambut sama hitam tp hati org tak kenal. So, hati2 dlm menjaga hati customer. Silap2 nanti customer dendam. Masuk kedai dia akan amik beberapa barang utk test saja tapi tak beli. Kita sebagai salesgirl kena layan juga. Kalau tak layan nanti tersebar di laman sosial kedai kita begini begitu. Tersebar juga antara kawan - kawan dia kedai ni begini begitu. Nak clear nama bukan senang akibat 1 mulut manusia. Maka, sesiapa yg buka butik / kedai jadilah salesgirl / man yang sabar dan untuk tokey2 jadilah tokey yang sabar mendidik anak buah dan dalam masa sama sayang pada customer.

Tapi kalau kita ada kedai multipurpose. Hehe.. multipurpose ke? Contoh nya mcm Kedai DIY. Macam2 ada dlm kedai tu dari pinggan mangkuk sampai la ke brg hardware dan hiasan. Org masuk cuci mata pun akan bawa keluar 1 - 2 barang. Walaubagaimanapun salesgirl /man tetap kena layan baik sekiranya customer dapatkan mereka untuk tahu lebih lanjut tentang produk di situ.

Kalau buka kedai jual sayur? Perlu tak kita bagi description tentang sayur? Hehe...

Selamat berniaga kepada usahawan baru :)